• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    November 2013
    S M T W T F S
    « Mar   Dec »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Remaja

Salam Ukhuwah…

Jika si adik sedang mahu menjadi ‘abang besar’, si kakak pula sedang belajar meniti alam remaja. Baru sahaja menyambut ulangtahun yang ke 13, sedar tak sedar saya sudahpun punyai anak remaja. Tua? Begitulah nampaknya…

20131111_150645

Remaja – yang tempohnya seringkali banyak diperkatakan.

Umumnya remaja didefinisikan sebagai masa peralihan daripada zaman kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Kebiasaannya tempoh usia remaja adalah belasan tahun sehingga awal 20-an. Walau bagaimanapun, usia 13 tahun merupakan satu umur persimpangan, antara alam kanak-kanak dengan langkahan menuju ke dunia remaja. Tentu sekali kematangan anak-anak ini belum solid sepenuhnya. Inilah yang dinamakan sebagai zaman remaja awal.

Zaman remaja merupakan satu tempoh pemprosesan kematangan dalam menuju dunia kedewasaan. Untuk menghasilkan seorang remaja yang baik seharusnya mereka juga disediakan satu persekitaran yang baik. Mereka perlu dibimbing secara berkesan dengan pendedahan kepada pelbagai input yang berfaedah. Mudah-mudahan dengan tunjuk ajar yang positif,  kita mampu memberi kesedaran yang baik kepada mereka bagaimana caranya untuk menjadi seorang dewasa yang juga baik.

Seawal remaja kita perlu dedahkan mereka dengan unsur-unsur kedewasaan dan kemasyarakatan. Jika berada di rumah, ajar anak-anak untuk membantu kita dalam apa jua sebarang tugasanpun. Biarkan mereka terbiasa dengan tugasan harian di rumah, seperti membasuh pinggan selepas makan, merias atur rumah, membersihkan halaman, dan sebagainya. Ini semua adalah pendedahan awal sebuah kehidupan seiring dengan umur mereka menuju alam kedewasaan.

Ada waktunya yang sesuai, bawalah anak-anak bersama-sama ke mana-mana majlis yang besesuaian, lebih-lebih lagi majlis ilmu, yang secara tidak langsung kita sedang mencipta masa depan mereka dengan lebih baik dengan pengetahuan yang bermanfaat. Bermajlis adalah suatu kaedah bersosial dengan masyarakat yang mampu membina jati diri anak-anak. Ia mampu melatih mereka cara-cara menghormati persekitaran dan berhubungan dengan orang luar yang datangnya dari pelbagai peringkat umur.

Keluangan rezeki pula memberi peluang untuk kita membawa anak-anak pergi melancong dan mengembara sekali sekala. Jika tidak mampu terbang menjauh, dekat-dekat pun jadilah, asal saja mereka tidak hanya terperap di rumah, mahupun sekadar melihat kawasan setempat sahaja. Bukan sekadar mahu mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, lebih jauh dari itu ia mampu meluaskan pandangan, pengetahuan am anak-anak juga dapat berkembang bebas.

Semoga kita bersama-sama berusaha mewujudkan satu generasi remaja hari ini yang lebih positif didikannyadalam mendepani realiti dunia pada masa hadapan. InsyaAllah!

2.33pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: