• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2013
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  

Congkak

Salam Ukhuwah…

Nasib baik idea anak-anak yang menyuruh saya membeli papan congkak mampu menyelamatkan kebosanan kami sekeluarga. Nak main-main kat halaman dah tak boleh kerana hujan turun hampir setiap waktu, kadang-kadang lebat, adakalanya renyai-renyai sahaja. Namun Alhamdulillah, Kota Bharu tidak banjir.

Dulu papan congkak ada 14 lubang anak dan 1 lubang ibu, tapi sekarang dah kurang menjadi 12 lubang anak dan 1 lubang ibu. Saya cuba mencari papan congkak yang punya 14 lubang anak, tetapi tidak berjaya memilikinya. Sudahnya terpaksa juga beli yang punya 12 lubang anak sahaja, cetek pulak tu lubangnya! Semuanya sudah diubahsuai! Sudah kurang unsur tradisionalnya. Sayangkan.

Menghadap permainan congkak pun sebenarnya satu keriangan yang tidak berpenghujung. Siapa yang tak pernah main congkak memang rugi…tak cuba memang tak tahu keseronokannya.

Adakalanya saya mengambil kesempatan untuk turut bermain bersama anak-anak, samada anak lelaki mahupun perempuan, seronok benar mereka kalau dapat kalahkan saya. Mana taknya, saya selalu berbangga kepada anak-anak, ‘cek dulu wakil sekolah tau’…sekolah rendah je…kurang-kurangnya wakil sekolah…kan?🙂 Tapi sekarang sekadar main-main untuk seronok bersama anak-anak saja, siap tolong buka peluang untuk diaorang menang.

Ingat lagi tak dulu-dulu kat kampung kita main congkak atas tanah je kan…buat lubang-lubang dan biji-biji congkak pula samada menggunakan guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Seronok je main sampai tak sedar kuku dah hitam!

20131205_182619

6.38pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: