• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2013
    S M T W T F S
    « Nov   Jan »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  

Gigi

Salam Ukhuwah

Bayangkan apabila kita kehilangan gigi, barulah terasa bahawa gigi sebenarnya antara harta di tubuh badan kita yang mempunyai nilai yang sangat tinggi. Bukan sekadar mahukan senyuman yang berseri, tapi nikmat makan juga terhasil kerana adanya gigi.

Tidak sama gigi asli jika mahu dibandingkan dengan gigi palsu walaupun teknologi hari ini mampu menggantikan yang asli dengan gigi palsu yang terbaik. Ditambah lagi dengan isu bajet, maka sangat lebih baik sekiranya kita berusaha untuk menjaga sehabis baik gigi yang sedia ada hari ini.
Kos rawatan pergigian sememangnya tidak murah jika memilih rawatan di klinik swasta. Maka ada baiknya kita mengurangkan bajet keatas kos rawatan pergigian dengan melakukan penjagaan gigi yang baik bermula dari sekarang!

Cara yang sering disarankan oleh doktor pergigian adalah dengan melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan, kalau malas sangat, setahun sekali pun jadilah. Biasanya pertemuan ini adalah untuk rawatan pembersihan gigi (scaling & polishing), doktor akan membuang plak pada gigi (kalkulus atau sisa makanan yang menjadi keras) dan juga membuat tampalan awalan sekiranya didapati terdapat lubang-lubang kecil pada mana-mana gigi. Kebiasaannya kos untuk rawatan ini di klinik swasta berharga RM85, manakala di klinik kerajaan hanyalah RM2.

Keperluan

Itu muqaddimahnya…cerita yang mahu dikisahkan apabila dua minggu lalu saya telah membawa anak-anak seramai tiga orang membuat pemeriksaan gigi mereka. Kebiasaanya cuti sekolah akhir tahun menjadi pilihan untuk saya membawa anak-anak membuat pemeriksaan gigi jika sangat berkeperluan.

20131205_081246

Alhamdulillah, kesemua anak-anak saya tidak mempunyai masalah untuk berjumpa doktor gigi, tiada panorama haru-biru…semuanya boleh memberi kerjasama yang baik sepanjang rawatan dilakukan. Harunya apabila balik ke rumah, nasihat doktor yang diangguk-angguk sebentar tadi akan hilang melayang-layang entah kemana…

Kebiasaannya doktor akan memberi nasihat bagaimana untuk menjaga gigi dengan baik:

~          Selalu berkumur dan memberus gigi selepas setiap kali makan.

~          Jika tidak, memadai dengan memberus gigi dua kali sehari.

~          Kurangkan minum air manis.

~          Tidak boleh tertidur dengan puting susu masih berada di mulut.

Semuanya akan angguk mendengar, patuh tak tentu lagi…Dah sampai rumah terpaksalah saya yang jadi doktornya, tapi ‘doktor di rumah’ ini kurang dedikasinya. Masa teringat bolehlah monitor diaorang, masa sibuk entah kemana-mana juga…Pentingnya, disiplin!

Sebagai ibu bapa memang sepatutnya kita yang perlu mendidik anak-anak untuk belajar menjaga kebersihan gigi seawal usia mereka. Samada gigi susu mahupun gigi kekal, kedua-duanya perlu penjagaan sempurna kerana kesihatan mulut memerlukan penjagaan berterusan dari awal. Ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak-anak untuk membersih mulut dan memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi yang sesuai. Ubat gigi yang berfluorida membantu menguatkan gigi dan mengurangkan kerosakan gigi.

Si sulong dan si kembar saya memang bermasalah apabila memiliki gigi yang tidak tersusun elok. Gigi si sulong agak ‘mancung’ hasil dari tabiat menghisap bibir semasa kecil, manakala si kembar pula memiliki gigi berlapis, kata doktor, antara puncanya adalah kerana gigi kekal terlalu cepat tumbuh sebelum gigi susu tercabut dengan sendirinya. Rahang muka yang kecil juga memungkinkan gigi tidak mendapat tempat yang sempurna untuk tumbuh secara teratur.

Maka si sulong saya membuat keputusan sendiri untuk mendapatkan rawatan orthodontik (braces), memandangkan usianya 13 tahun yang sudahpun memiliki semua gigi kekal. Manakala untuk si kembar, saya putuskan untuk memakaikan mereka trainer kerana masih diusia kanak-kanak.

20131205_083315

Braces

Dalam pertemuan awalan dengan pakar orthodontik, beliau menyarankan pemakaian braces untuk anakanda sulong hanya di bahagian atas sahaja, kerana gigi bahagian bawah tidak bermasalah. Alhamdulillah…bermakna hanya dua batang gigi kekal di bahagian atas sahaja yang perlu dicabut untuk memberi ruang kepada gigi yang sedikit ‘mancung’ ditarik ke tempat yang sepatutnya. Ramalan awal, sekurang-kurangnya pemakaian braces ini akan mengambil masa selama setahun.

Untuk pemeriksaan kali ini juga, anakanda saya perlu membuat acuan gigi dan x-ray (OPG dan Lateral Ceph). X-ray ini diperlukan untuk doktor menilai kedudukan gigi dengan tepat, dari segi kedudukan akar dan tulang-tulang di sekeliling gigi.

20131212_151134

Semoga impian anakanda untuk memiliki susunan gigi yang lebih cantik akan dimakbulkan Allah suatu masa nanti. InsyaAllah.

11.38pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: