• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    January 2014
    S M T W T F S
    « Dec   Feb »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Hari Lahir

Salam Ukhuwah…

Jika ditanya, di antara wanita dengan lelaki, siapakah yang lebih menitikberatkan tarikh lahir? Jawapannya, tentulah wanita kan…

Mungkin jika wanita itu seorang isteri, muncung panjanglah barangkali jika suami lupa-lupa ingat akan tarikh lahirnya. Tapi saya bukan isteri yang begitu, sekadar lupa ‘wish birthday’ saya tidak kisah, tapi kalau dapat hadiah, sukaaa…

Ulangtahun kelahiran sebenarnya menjadikan usia kita makin bertambah, talian hayat semakin berkurang. Bak kata arwah mertua saya pada akhir usianya, sedang bercinta dengan malaikat! Melambai-lambai menjemput ke kuburan.

Namun hari ini, hari lahir disambut meriah, ada yang sehingga sakan berhabisan demi umur yang bertambah panjang, yang semakin pendek kebelakang tidak dipedulikan. Tidak nampak dimata bilakah tarikh kematian akan menyusul.

Bukan tidak boleh menyambut hari lahir, boleh jawapannya, tetapi majlis yang dianjurkan itu jangan sehingga bercampur-aduk antara halal dan haram. Pada saya cukuplah sekadar mengadakan jamuan ringkas untuk kaum keluarga terdekat dan jiran tetangga. Bersederhana itu lebih baik, jangan sehingga membazir, apatah lagi terlajak sehingga melanggar batas syarak.

Islam tidak melarang umatnya menyambut hari lahir, sekadar untuk kita merasa gembira kerana masih direzekikan menghirup udara di bumi Allah ini, masih dapat bersama dengan orang-orang yang tersayang, jua masih lagi mampu untuk menyambung ketaatan kepada Allah s.w.t., Pencipta diri ini.

Hayat  

2014 menjanjikan umur kita bertambah, jika direzikan hayat yang masih panjang.

2013 berlalu dengan setahun kita berada disepanjang hari-harinya, bermanfaatkah masa yang kita lalui pada tempoh setahun berlalu? Bagaimana dengan kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah? Sebanyak mana kita telah bersyukur dengan segala nikmat kehidupan yang dikecapi dalam kehidupan ini? Sangat wajar kita sama-sama renungi dan muhasabah diri, mudah-mudahan rasa syukur itu mampu kita terjemahkan dengan meningkatkan lagi amal soleh disepanjang tahun ini pula, insyaAllah.

Seandainya setahun yang lalu ada masanya kita terlalai dalam ketaatan kepada Allah, maka berilah peluang kepada diri sendiri untuk menginsafi diri, kita pohon taubat, dan berjanjilah dengan diri untuk menjadi lebih baik pada hari-hari yang mendatang. Sama-sama kita manfaatkan usia yang masih bersisa dengan memperbanyakkan lagi amal soleh, mudah-mudahan kita berakhir dengan penamat yang baik.

Januari pada saban tahun merupakan bulan kelahiran ayahbonda saya. Pada tahun ini kami adik beradik sepakat mengadakan majlis ringkas untuk meraikan hari lahir mereka berdua.  Semoga majlis ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kami sahaja ini mampu memberikan sedikit kegembiraan buat mereka berdua, insyaAllah. Semoga Allah memberkati usia panjang ayahbonda…amin!

Bersama bonda dihari lahirnya

Bersama bonda dihari lahirnya

7.07pm

Sekolah

Salam Ukhuwah…

Anak ke enam saya mula ke alam persekolahan ditahun baru ini. Saya menghantarnya ke tadika diusianya lima tahun. Alhamdulillah, nampaknya dia seronok mahu ke sekolah. Minggu pertama ke sekolah saya hanya menunggunya lebih kurang 15 minit sahaja setiap hari, selepas itu tidak lagi perlu menunggu. Lega kerana tiada teriak tangis!

Gaya bebas dihari pertama persekolahan

Gaya bebas dihari pertama persekolahan

20140101_100634

Dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula saya telah membawanya ke tadika tersebut, melakukan sesi tinjauan terlebih dahulu. Nampak dia ok sahaja, saya membayar yuran yang sepatutnya. Selesai rasanya satu masalah.

Kehidupan berubah lagi…pagi-pagi rutin kehidupan saya bertambah nampaknya. Berpagian menghantar anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah, balik ke rumah untuk sarapan seketika, kembali menyambung tugasan menghantar anak ke tadika pula.

Kembali semula ke rumah, terasa sunyi juga kerana hanya si kecil menemani. Dah terfikir macamana la rasanya kalau semua anak-anak dah bersekolah? Mesti lagi sunyi kan? Fikir lagi, mak-mak kita dulu macam tu la kan…sorang-sorang kat rumah apabila anak-anak mula berada jauh dari mata. Fikir lagi, dah tua rasanya…

20131108_192945

Cerita tentang persediaan untuk kesemua anak-anak ke sekolah, tahun ini saya hanya menyediakan sepasang seragam baru setiap anak sahaja, selainnya tiada yang baru, pakai sahaja yang sebelumnya kerana masih elok untuk digunapakai. Maknanya, tiada beg sekolah baru, tiada kasut sekolah baru, tiada yang baru-baru. Alhamdulillah, anak-anak tidak merungut kerana mereka sudah dididik begitu selama inipun.

 20140101_072211

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”

(Thaha [20]: 25-28)

8.25am

Tahun Baru…

Salam Ukhuwah…

Tahun baru datang lagi…

2014 yang hadir hampir dua minggu sudah bagaikan tidak menjanjikan sesuatu yang menyeronokkan, apabila kita semua dihadapkan dengan pelbagai tawaran oleh kerajaan yang memerintah dengan pelbagai ‘kesusahan’ dalam menguruskan kehidupan seharian.

Tahun baru dengan pelbagai harga baru, tetapi tiada sumber ekonomi baru kepada sebahagian besar rakyat awam. Pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan telah diwar-warkan oleh kerajaan pemerintah tanpa rasa bersalah sedikitpun.

Bermula dari kenaikan harga minyak, harga gula, harga tol, sehinggalah tarif elektrik, semua ini mampu menyuburkan kenaikan berleluasa harga barangan, harga makanan, tambang pengangkutan awam, dan perkhidmatan dipasaran umum, kerana semua keperluan kehidupan tentunya bergantung kepada sumber asas yang ini.

Tiada yang turun, melainkan hujan!

Hari ini kita dapat rasakan bahawa kos perbelanjaan untuk membeli pelbagai barangan dan keperluan sampingan yang lain semakin mahal harganya. Pendapatan keluarga tidak pula bertambah dengan kadar yang sepatutnya, maka sudah tentu kita terasa bahawa kos sara hidup pada hari ini terus naik, silap haribulan taraf hidup kita makin merosot jadinya.

Anak-anak di sekolahpun sudah tahu merungut bahawa harga makanan di kantin makin mahal, kuasa beli mereka makin kecil kerana nilai ringgit makin terhakis. Saya sendiripun tidak memberi lebihan wang saku kepada anak-anak, kalau dulu sebanyak itu, tahun baru inipun sebanyak itulah. Bukan kedekut, tetapi mahu anak-anak belajar erti kesusahan, bagaimana rakyat miskin diluar sana bukan hanya sekadar membawa beberapa sen sahaja ke sekolah, malah yang tidak membawa wang sakupun mungkin masih ada!

Tiada lagi istilah Rakyat Didahulukan!

Yang ada hanyalah cadangan itu ini untuk dilaksanakan oleh rakyat awam, menyuruh disiplin disitu disiplin disini, tetapi Kerajaan sendiri boros dan terusan membazir menguruskan belanjawan negara.

5.55pm

Ijtima’

Salam Ukhuwah…

Jika keluarga besar saya dikenali sebagai al-Aziziah, keluarga besar ayahanda pula diberi nama Nikmatullah.

Alhamdulillah, baru-baru ini keluarga besar kami ini kembali bersatu untuk sama-sama beraktiviti didalam sebuah program yang dinamakan Ijtima’ Keluarga Nikmatullah.

IMG-20131221-WA0077

Ijtima’ yang berlangsung selama tiga hari dua malam, bermula 18 – 23 Safar 1435/ 21 – 23 Disember 2014, bertempat di PCB Resort ini telah menyatukan empat generasi keluarga kami, bermula daripada ayahanda saya yang menaungi keluarga besar ini, sehinggalah kepada generasi cicit.

Sebilangan ahli al-Aziziah yang hadir

Sebilangan ahli al-Aziziah yang hadir

Dianggarkan kehadiran pada ijtima’ kali kelima keluarga kami ini adalah seramai lebih kurang 500 orang, daripada jumpa ahli keseluruhan hampir mencecah 800 orang di seluruh negara. Semoga program yang dirancang setiap selang beberapa tahun ini mampu mengukuhkan lagi silaturrahim dikalangan ahli kami, jua semoga Allah merahmati keluarga Nikmatullah sehingga ke akhirat.

Hadiah untuk setiap keluarga yang hadir

Hadiah untuk setiap keluarga yang hadir

Sesi bergambar beramai-ramai

Sesi bergambar beramai-ramai

Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan sepanjang ijtima’ berlangsung. Selain dari aktiviti fizikal, kami juga turut mengimbau kenangan tentang kisah hidup datuk nenek kami yang telah lama pergi, berkongsi pengalaman kehidupan pada suatu ketika dahulu dan kepentingan hubungan kekeluargaan yang masih wujud pada hari ini.  Sewajarnyalah perjumpaan seperti ini sering diadakan, mudah-mudahan kami saling mengingati dan mengenali di antara satu sama lain.

20131221_173449

20131222_110818

IMG-20131222-WA0016

IMG-20131222-WA0015

Merakam kenangan bersama anak-anak saudara

Merakam kenangan bersama anak-anak saudara

Akhirnya, tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan ijtima’ pada kali ini. Tidak lupa kalungan terima kasih diucapkan di atas ruang waktu yang telah disediakan oleh setiap ahli yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama memeriah ijtima’ kali ini.

Antara urusetia yang terlibat

Antara urusetia yang terlibat

10.10am

Cicit

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah, selesai sudah majlis akikah cicit ketiga ayahbonda saya yang ketiga pada 16 Safar 1435/ 19 Disember 2013 yang lalu. Majlis akikah ini telah diadakan di rumah ayahbonda saya memandangkan si ibu memilih untuk berpantang di sini.

Cicit ketiga yang diberikan nama Nik Muhammad Handzhalah merupakan anakanda sulong kepada cucu sulong ayahbonda, Nik Mohd Thalhah bersama pasangan, Siti Hajar.

IMG-20140104-WA0014

Untukmu Handzhalah, selamat datang kedalam keluarga besar kita ini. Semoga suatu masa nanti dirimu akan menjadi manusia yang bermanfaat bagi diri sendiri, bagi keluarga, bagi masyarakat, dan tentunya untuk Islam. Semoga pada setiap saatnya kita semua akan menjadi hamba Allah yang beriman, yang sentiasa akan melaksanakan segala tuntutanNya demi mendapat keredhaan daripadaNya.

11.20am