• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    January 2014
    S M T W T F S
    « Dec   Feb »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Hari Lahir

Salam Ukhuwah…

Jika ditanya, di antara wanita dengan lelaki, siapakah yang lebih menitikberatkan tarikh lahir? Jawapannya, tentulah wanita kan…

Mungkin jika wanita itu seorang isteri, muncung panjanglah barangkali jika suami lupa-lupa ingat akan tarikh lahirnya. Tapi saya bukan isteri yang begitu, sekadar lupa ‘wish birthday’ saya tidak kisah, tapi kalau dapat hadiah, sukaaa…

Ulangtahun kelahiran sebenarnya menjadikan usia kita makin bertambah, talian hayat semakin berkurang. Bak kata arwah mertua saya pada akhir usianya, sedang bercinta dengan malaikat! Melambai-lambai menjemput ke kuburan.

Namun hari ini, hari lahir disambut meriah, ada yang sehingga sakan berhabisan demi umur yang bertambah panjang, yang semakin pendek kebelakang tidak dipedulikan. Tidak nampak dimata bilakah tarikh kematian akan menyusul.

Bukan tidak boleh menyambut hari lahir, boleh jawapannya, tetapi majlis yang dianjurkan itu jangan sehingga bercampur-aduk antara halal dan haram. Pada saya cukuplah sekadar mengadakan jamuan ringkas untuk kaum keluarga terdekat dan jiran tetangga. Bersederhana itu lebih baik, jangan sehingga membazir, apatah lagi terlajak sehingga melanggar batas syarak.

Islam tidak melarang umatnya menyambut hari lahir, sekadar untuk kita merasa gembira kerana masih direzekikan menghirup udara di bumi Allah ini, masih dapat bersama dengan orang-orang yang tersayang, jua masih lagi mampu untuk menyambung ketaatan kepada Allah s.w.t., Pencipta diri ini.

Hayat  

2014 menjanjikan umur kita bertambah, jika direzikan hayat yang masih panjang.

2013 berlalu dengan setahun kita berada disepanjang hari-harinya, bermanfaatkah masa yang kita lalui pada tempoh setahun berlalu? Bagaimana dengan kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah? Sebanyak mana kita telah bersyukur dengan segala nikmat kehidupan yang dikecapi dalam kehidupan ini? Sangat wajar kita sama-sama renungi dan muhasabah diri, mudah-mudahan rasa syukur itu mampu kita terjemahkan dengan meningkatkan lagi amal soleh disepanjang tahun ini pula, insyaAllah.

Seandainya setahun yang lalu ada masanya kita terlalai dalam ketaatan kepada Allah, maka berilah peluang kepada diri sendiri untuk menginsafi diri, kita pohon taubat, dan berjanjilah dengan diri untuk menjadi lebih baik pada hari-hari yang mendatang. Sama-sama kita manfaatkan usia yang masih bersisa dengan memperbanyakkan lagi amal soleh, mudah-mudahan kita berakhir dengan penamat yang baik.

Januari pada saban tahun merupakan bulan kelahiran ayahbonda saya. Pada tahun ini kami adik beradik sepakat mengadakan majlis ringkas untuk meraikan hari lahir mereka berdua.  Semoga majlis ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kami sahaja ini mampu memberikan sedikit kegembiraan buat mereka berdua, insyaAllah. Semoga Allah memberkati usia panjang ayahbonda…amin!

Bersama bonda dihari lahirnya

Bersama bonda dihari lahirnya

7.07pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: