• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    June 2014
    S M T W T F S
    « Mar   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  

Surirumah je…

Salam Ukhuwah…

Alahai tajuk…macam rendah diri je!

Sebenarnya sentap!

Pandai jugak saya nak sentap-sentap ya…

Ya, tersentap dengan seorang doktor yang merawat saya berminggu yang lalu. Saya hadir ke satu pusat perubatan swasta kerana diserang migrain yang teruk. Tak pernah sekalipun seumur hidup ini saya diserang migrain, entah kenapa kali ini diserang migrain yang sangat teruk. Kata saya kepada suami, sakitnya macam mahu melahirkan anak! Sakit kepala ya amat!

Sehari sebelumnya, saya mendapatkan rawatan di klinik, kata doktor yang merawat, jika esok masih sakit saya perlu ditempatkan di wad. Memang saya masih sakit, dan keesokan harinya saya memang sudah bersedia untuk diwadkan. Saya ke pusat perubatan yang satu ini, doktor yang merawat bertanya itu dan ini, dan bertanya…kerja apa? Saya jawab; Surirumah. ‘Surirumah je…’ kata doktor lelaki itu. Oh, sentapnya saya.

Saya terasa dipandang rendah dengan kerjaya yang satu ini. Dalam hati, ingat saya tak mampu bayar bil hospital ke? Kerana sebelumnya  doktor itu Ada bertanyakan perihal insuran saya. Tapi sentap saya cukuplah di dalam hati sahaja, bukannya saya tahu, apa niat sebenar doktor tersebut memberikan jawapan yang berintonasi tidak sesedap telinga yang mendengar.

Saya pujuk hati sendiri, nasib baiklah saya ada pelajaran, nasib baiklah saya pernah kerja dulu, nasib baiklah saya sendiri yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Nasib saya masih baik. Alhamdulillah…masih banyak nasib baik yang menyebelahi saya.

Paling bernasib baik apabila saya mampu berada disisi keluarga dalam tempeh masa yang lebih banyak berbanding isteri/ibu berkerjaya yang lain. Ramai wanita di luar sana mengimpikan kehidupan yang lebih ‘keibuan’, tetapi masih tidak berezeki untuk memilih kerjaya sebagai surirumah sepenuh masa.

Alasan utama adalah keperluan membantu suami dalam mengukuhkan ekonomi keluarga. Silakanlah dengan niat yang betul jika itu yang terbaik untuk rumahtangga masing-masing, jangan ada tekanan sehingga boleh mengganggu peranan sebenar seorang wanita, yang sebenarnya lebih anggun apabila mampu berada di rumah, menguruskan suami, anak-anak dan rumahtangga secara keseluruhannya.

Gaji

Adakalanya menjadi surirumah perlu kepada keyakinan yang lebih, kerana masih Ramai di luar sana memandang enteng pada tugasan yang satu ini. Maklumlah tak bergaji…mmm…seolah-olah tak bergaji itu kehidupannya tidak stabil! Bergaji mahupun tidak, percayalah bahawa rezeki untuk kesempurnaan hidup itu bukan hanya hak mutlak orang yang bergaji.

Saya pun pernah kerja bergaji, nak kata mewah tak juga…berbanding sekarang sama juga. Namun, memilih kerjaya surirumah yang tidak mempunyai slip gaji mengajar lebih berhati-hati dalam berbelanja. Elok sangatlah tu, boleh mendidik nafsu yang sentiasa membuak-buak mahukan itu ini. Sekarang ini banyak fikir dulu sebelum membeli.

Alhamdulillah, sentiasalah bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada, insyaAllah makin terbuka luas rezeki untuk rumahtangga.

 

12.54pm

 

4 Responses

  1. Assalamu’alaikum Na

    Kak Nur lama tidak aktif menulis sekaligus tidak aktif walking blog🙂

    Aura menulis tentang Cik Yah (Ibu Na) sekarang yang memanggil K Nur menjengah ke sini.

    Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun, tulisan Na bertambah baik dan mantap persembahannya.

    Sekalung tahniah dan alfun mubaarak!

    Teruskan menulis🙂

    • Waalaikumussalam Kak Nur

      Terima kasih kerana sudi lagi jenguk-jenguk sini…yang kadang-kadang tengelam…kadang-kadang timbul…hihi…

      Semoga Kak Nur juga berjaya dengan apa yang sedang diusahakan, InsyaAllah.

  2. Memang menarik bila mampu jadi suri sepenuh masa. Alhamdulillah.

    Nikmat sebenar wanita, isteri dan ibu ialah berada di rumah. Meskipun ada kekurangannya, namun kelebihannya lebih banyak, in syaa Allah.:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: