• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    September 2014
    S M T W T F S
    « Jun   Oct »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  

Nikah

Salam Ukhuwah…

Minggu Kemerdekaan baru-baru ini sehinggalah cuti sekolah yang masih berbaki banyak sungguh saya menghadiri majlis perkahwinan, termasuklah akad nikah anak saudara, sepupu dan juga sahabat.

Meriahnya suasana, saya sentiasa gembira untuk menghadiri majlis perkahwinan kerana suka melihat suasana yang indah dan menyeronokkan.

Keseronokan yang mengembirakan, membawa aura kepada saya untuk menulis tentang sebuah kebahagian dalam perkahwinan.

Semakin hampir majlis perkahwinan, tentunya ada debarnya yang tersendiri, baik kepada ibubapa dan juga bakal pengantin baru. Jika ibubapa lebih debarnya kepada kesempurnaan keseluruhan majlis, bagi pengantin pula debarnya tentulah pada lafaz akad nikah yang bakal menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Hati tidak keruan sehinggalah tiba saatnya waktu yang ditunggu-tunggu. Sehingga ke saat itu tentunya ada saja perkara yang belum selesai sehingga tidurpun termimpi-mimpi mungkin.

Antara langkah terbaik, senaraikan semua keperluan untuk majlis tersebut dari A – Z dalam nota peribadi. Mudah-mudahan menjelangnya hari bahagia nanti, tiada lagi keperluan yang tercicir.

Kesempatan meniti hari-hari diijabkabulkan, bakal pengantin juga disarankan untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang kehidupan alam berumahtangga, baik dengan membaca buku mahupun bertanyakan pengalaman kepada orang-orang yang berilmu dengannya. Semoga rumahtangga yang bakal dibina akan bahagia hendaknya sehingga ke akhir hayat.

Saya tertarik dengan satu bacaan dan ingin berkongsi bersama sahabat di sini.

Tentunya sudah ramai sahabat yang mengetahui tentang istimewanya seorang ibu yang bernama Umamah binti al-Harith. Tidak banyak maklumat yang saya peroleh tentang seorang ibu yang bernama Umamah ini, tetapi hasil pembacaan yang sedikit cuma, dinyatakan bahawa seorang tokoh Islam pada kurun kedua hijrah, Abdul Malik bin Umar al-Quraisy, yang juga tergolong dikalangan orang yang berpengetahuan tinggi, pernah menyebut tentang wasiat yang disampaikan oleh Umamah ini.

Wasiat seorang ibu yang penyayang jua wanita yang berhemah tinggi, Umamah binti al-Harith, kepada anak perempuannya, Ummu Iyas, yang bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda dari kalangan keluarga ternama, iaitu al-Harith bin Amru al-Kindi, juga merupakan Raja Yaman.

Wasiat hebat yang menjadi ingatan sepanjang zaman. Ingatan seorang ibu buat penunjuk jalan kepada puterinya dalam melayari bahtera perkahwinan, bagaimana mahu menggapai bahagia sebenar dalam kehidupan berumahtangga.

 

Bicara Umamah;

Wahai puteriku!

Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab, tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja. Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya, maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami. Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku!

Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu, menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu. Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang menguasaimu. Maka jadilah diri sebagai abdinya nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu. Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu.

Pertama dan kedua

~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat

~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam

~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan

~ Menjaga hartanya, mengambil berat kerabat dan saudara-maranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh

~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya bererti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.

Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.

 

10 petua yang sangat relevan sepanjang zaman. Semoga redhalah Allah kepada rumahtangga kita semua.

 

10.45pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: