• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    August 2016
    S M T W T F S
    « Jul   Sep »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  

Tetamu

Salam Ukhuwah…

Tetamu itu wajib dilayan walau siapapun mereka. Maniskan wajah dan layankan seadanya, insyaAllah tetamu itu adalah pembawa rezeki buat kita.

Tidak suka menerima tetamu?

Simpan saja didalam hati. Jangan sehingga tetamu itu tahu. Raikan saja mereka, jaga tuturkata dan tingkah laku sebaiknya, mana tahu tetamu itulah yang menjadi punca pembuka rezeki buat kita sekeluarga. Latih diri untuk menjadi lebih ikhlas dan berlapang dada dalam menerima kehadiran tetamu, dan bersyukurlah, sekurang-kurangnya masih ada yang sudi mengingati kita sekeluarga.

Jangan lupa menghidangkan sesuatu untuk suapan tetamu, sekurang-kurangnya minuman sahaja.

Datangnya tetamu memberi peluang untuk kita saling bersilaturrahim, saling mengenali di antara dua buah keluarga mahupun lebih, mendidik anak-anak menghormati golongan yang lebih tua dan mencipta kawan baru bagi yang seusia. Anak-anak sahabat kita akan saling berkenalan dengan anak-anak kita sendiri, dan mungkin juga kita pula boleh tahu siapa kawan-kawan anak-anak kita apabila mereka berkunjung ke rumah.

Ziarah

Kita bukan sahaja perlu menerima tetamu, tetapi sesekala jadilah tetamu. Berkunjunglah ke rumah saudara-mara, jiran sekampung, rakan-taulan jika berkelapangan. Ziarah ini mewujudkan kemesraan dan kprihatinan. Jika hari ini kita masing-masing sibuk dengan urusan dunia tersendiri, maka berjanjilah untuk berziarah pada waktu-waktu tertentu yang dipersetujui tuan rumah. Jika dulu boleh saja kita bertandang tanpa janji, mungkin situasi hari ini tidak lagi sesuai. Biar tuan rumah bersedia untuk menerima tamu, mudah-mudahan kita akan disambut dengan baik seisi keluarga.

Walau bagaimanapun, amalan ziarah ini makin kurang diraikan sejak kebelakangan ini. Hanya menunggu saat raya tiba, itupun jika ada rumah terbuka. Jika tiada rumah terbuka, seakan segan untuk kita berziarah dan diziarahi. Rumah akan meriah habis jika ada rumah terbuka dan kembali sunyi jika tiada jemputan dari tuan rumah.

Saya sendiri mahu berazam, mahu sentiasa menerima tetamu tidak kira dimusim perayaan mahupun tidak. Jika ada kenalan yang mahu berkunjung, saya mahu bukakan hati seluas-luasnya untuk bersedia meraikan tetamu seadanya. Saya suka bersilaturrahim.

Islam sendiri menggalakkan aktiviti ziarah. Silaturrahim terlahir dari aktiviti ziarah. Tapi jangan pula lupa kepada adab berziarah. Jangan pula niat asal untuk bersilaturrahim bertukar menjadi permusuhan. Kenapa sampai bermusuhan? Mungkin apabila kita tidak pandai mengatur bicara, mengumpat misalnya, menyentuh isu-isu sensitif sehingga terkilan perasaan tuan rumah, melepas bebaskan anak-anak bermain sewenangnya di rumah orang sehingga berlaku kerosakan, membuat kotoran yang melampau…ini semua harus sangat dielakkan.

Jom kita praktiskan kembali amalan ziarah. Ia bukan sekadar tradisi masyarakat melayu, lebih jauh ziarah merupakan tuntutan agama.

Sehingga ketemu lagi…

11.09am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: