• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    May 2024
    S M T W T F S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Nik Amalina Nik Abdul Aziz

Saya merupakan anak perempuan ke-4 daripada lima orang saudara perempuan, dan merupakan anak ke-9 daripada 10 orang adik-beradik.

Saya ibu kepada tujuh orang zuriat, lima lelaki dan dua perempuan.

Saya seorang surirumah sepenuh masa bermula 1 Januari 2009. Pernah bekerja selama tujuh tahun, akhirnya saya tahu jiwa saya adalah di rumah. InsyaAllah saya mahu mendidik zuriat saya sebaik mungkin dengan luang waktu yang saya ada.

20130808_124237

NIK AMALINA NIK ABDUL AZIZ

124 Responses

  1. Assalamualaikum… Salam Ukhuwah.

    Saya seorang ibu kepada 7 orang anak, 6 boys and 1 girl. Anak2 saya masih kecil, yang sulung 8 thn. Saya bekerja sebagi guru.

    Saya nak minta pandangan Puan, bagaimana cara untuk kita membahagikan masa dengan lebih efisyen sebagai seorang yang berkerjaya, seorang ibu dan isteri.

    Saya juga seperti Puan mahu mendidik zuriat saya sebaik mungkin supaya mereka dapat menjadi pejuang yang hebat dalam menegakkan agama Allah dan hafiz hafizah.

    Syukran Jazilan.

    • w’lam, bagi saya Puan seorang yang hebat…punya anak yang ramai…meletihkan namun insyaAllah bahagia dihari tua nanti…tapi bersyarat; didiklah anak-anak dengan sempurna, moga-moga merekalah yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita kelak…

      Saya bukanlah seorang ibu yang tahu segala-galanya…untuk memberi pandangan pun saya tidak berani, cuma saya suka berkongsi…jika ia difikirkan baik, boleh sama-sama kita amalkan.

      Sukar untuk saya mencadangkan kepada puan sesuatu yang fleksibel memandangkan anak-anak puan tentunya masih kecil benar jika yang sulong baru sahaja berusia lapan tahun.

      Boleh tak saya sarankan begini…;
      1. cukuplah dahulu dengan tujuh orang anak. Buat masa sekarang jangan tambah lagi. Sekurang-kurangnya jika Puan berminat untuk menambah ahli keluarga lagi, pastikan sikecil sudah berusia tiga tahun.
      Rasional saya berkata begini;
      ~ kesihatan seorang ibu perlu berada ditahap yang baik untuk mendidik anak-anak.
      ~ puan juga seorang isteri untuk melayan baik seorang suami, maka puan perlu juga jaga kesihatan untuk mendapat kecergasan yang baik.
      ~ dalam dunia hari ini, mempunyai anak-anak yang ramai sangat membanggakan, tapi puan harus ingat bahawa kualiti itu amatlah penting berbanding kuantiti.

      2. Tanpa mengira jantina, seorang anak yang berusia lapan tahun sudah boleh diberi arahan mengikut kudrat yang dia ada. Antara yang saya praktikkan ketika anak saya berada pada umur tersebut;
      ~ pastikan dia menyangkut tuala pada tempat sepatutnya.
      ~ pastikan kain baju kotor diletakkan di tempat yang sepatutnya.
      ~ pastikan dia menyimpan baik segala peralatan sekolahnya untuk memudahkan dia mendapatkannya apabila perlu.
      ~ ada banyak lagi…

      3. Anak-anak puan yang berusia empat tahun keatas perlu dihantar ke kelas al-Quran pada setiap hari. Mengaji al-Quran tiada cutinya. Jika puan mampu mengajarnya sendiri, ia satu bonus bonanza kepada puan. Allah sukakannya. Jika sebaliknya, masih ada rahmat Allah buat puan sekeluarga kerana puan telah memberi didikan yang terbaik kepada amanahnya.

      Saya tahu jika dibaca sepintas lalu, jawapan saya tidak memenuhi soalan puan, namun jika dipraktikkan hal-hal yang berkaitan, insyaAllah masa puan akan menjadi lebih efisyen. Cubalah!

      Jika puan telah mempraktikkannya sudah sekian lama, sebenarnya puan seorang ibu yang hebat. Tidak perlu bertanya saya lagi, sepatutnya saya pula yang bertanya kepada puan…

      sudi-sudikan puan berkongsi dengan saya juga…

      • Assalamualaikum…

        Terima kasih di atas nasihat dan saranan Puan itu. InsyaAllah saya akan cuba praktikkannya.

        Saya doakan Puan (dan juga saya serta para ibu yang melayari laman blog ini) akan menjadi seorang isteri dan ibu yang HEBAT. Marilah kita bersama2 mendidik anak2 kita menjadi seorang yang HEBAT kerana merekalah yang bakal menyambung perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

        Sekali lagi, jazakallahu khairan kathira.

  2. innasolati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirobbillalamin…..

    Allah akan bersama mereka2 yang sedang berjuang ke jalan nya…
    teruskan wahai suri…
    Allahuakabar!!!

  3. Puan Nik,

    Ingatan untuk saya dan semua 1Malaysia;

    “Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar… ”

    “Beroleh kejayaan bagi mereka yang sabar dan mengerjakan solat… “

  4. Assalamualaikum,
    Tahniah kerana anda menulis dan anda boleh menjadi seperti Marina Mahathir yang menulis di pihak saekular dan anda di pihak Islam.

    Semoga diberkati

  5. teruskan menulis ye. semoga yang terbaik utk Puan.

  6. Keluarga Tok Guru banyak menhadapi cabaran buat masa sekarang, Semoga puan sentiasa tabah dan sabar menghadapinya…kerana yang batil itu pasti akan lenyap selama-lamanya…

  7. salam ukhwah.
    saya terpanggil apabila terbacada apa yg berlaku blog puan,saya bersimpati dengan apa yg berlaku dengan keluarga puan,semoga apa yg berlaku itu mendapat manafaat yg terbaik kpd puan.

  8. assalamualaikum…

    Semoga kita sama2 menjadi ibu dan isteri yang solehah.Saya baru punya 2 org anak.lelaki dan perempuan.saya tidak bekerja wpun punya master.wpun pernah mencuba mencari kerja tetapi takdir saya hanya bekerja di rumah sahaja jaga ank2 dan suami.apapun saya redhaa dengan ketentuan Allah.Mungkin ada rahmat di sebaliknya..Amin

    • Alhamdulillah, semoga dengan ilmu yang Puan ada mampu untuk membesarkan anak-anak dengan cemerlang.

      Penting juga menjadi isteri dan sahabat yang terbaik kepada suami. Mudah-mudahan dengan ilmu yang Puan miliki mampu membuahkan idea terbaik untuk membina keluarga bahagia.

      Saya doakan yang terbaik buat Puan.

  9. wslam ukhuwah.

    sblm full time house wife kerja apa?

    knp jadi house wife?

    • ~ Sebagai;
      Penolong Pengurus Bahagian Projek & Hartanah (Pemasaran) – enam tahun
      Penolong Pengurus Bahagian Khidmat Teknikal – satu tahun

      ~ Jiwa saya berada di rumah. Saya merancang untuk berhenti kerja sudah lama, hanya bulatkan tekad pada tahun ini saja. Alhamdulillah, saya tidak menyesalinya, kerana ia pilihan sendiri.

  10. Salam.

    Saya cadangkan supaya Puan letakkan gambar bagi memudahkan lagi kami kenal Puan. Saya sendiri hanya kenal 2-3 org sahaja ahli keluarga Puan.. Sekadar cadangan..

  11. Salam ukhuwwah dan salam ziarah.
    Saya adalah seorang ibu kpd 5 org anak 2L and 3P. Saya adalah seorang ibu yg bekerja tanpa ada pembantu d,rumah..anak ramai mmg impian saya..dgn harapan semua mampu menjadi pembela agama..pembawa kebenaran dibumi yang ketandusan pejuang kebenaran ini. Tanpa tunduk pada sebarang alasan yang melemahkan semangat dan mengaburkan impian saya sentiasa menyuntik semangat diri utk menjadi ibu yg hebat..isteri yang hebat, insan yang hebat di mata masyarakat.. Saya sentiasa yakin jika kita ada impian yang murni, selari dgn tuntutan agama..pasti Allah senjtiasa memberi kekuatan. menghulurkan bantuan. Kerana itu biarpun penat dek kerjaya yang digalas…tiba dirumah..tiada ruang utk saya berehat. Hati kecil saya pasti bermunajat pada yag Esa agar diberi kekuatan semangat yg luar biasa untuk terus menyambung tugas di rumah pula..

    Kerana mahu hebat di bidang kerja..hebat di mata suami..dan di samping anak2..saya tidak kenal erti penat, rasa kepuasan memberi hak anak2..hak suami..dapat melebur rasa penat dan menyuntik kekuatan yang padu..di penghujung hari..sebelum tidur hadir rasa kepuasan bila dapat berbakti pada anak bangsa anak sendiri dan paling penting suami tercinta tidak pernah terabai.

    Alhamdulillah..hingga saat ini saya mampu mengajar anak mengaji alQuran sendiri..semua anak dibimbing sendiri dalam akademiknya..tanpa kelas tuisyen dan syukur tak terhingga zuriat yg saya lahirkan semuanya kelihatan sgt cemerlang setakat ini. Celik al-Quran, celik IT..etc. Mungkin saya bertuah kerana ditakdirkan saya seorang pendidik di bidang agama. Ini suatu bonus pd saya. Prinsip dan petua saya satu saja..bila ada matlamat wajib berusaha utk menggapainya dan bila ada masalah mengadu pada Allah..itulah penawarnya.Bila hadir rasa kepenatan..hati sya cepat berbisik..Ya Allah aku menggalas amanahmu..aku ingin jadi yang terbaik utkmu ..bantulah aku….Ya Allah tenangnya jiwa..

    Ini saja yg dapat saya kongsi

    • saya doakan keluarga puan sejahtera selalu hendaknya.
      saya sungguh kagum dengan perkongsian ini. sesungguhnya puan seorang wanita, isteri dan ibu yang hebat dalam satu masa. Saya tabik! Saya tidak secergas puan untuk menggalas semuanya dalam satu masa.
      Saya doakan semoga suami dan anak-anak sentiasa menghargai puan pada setiap masa. InsyaAllah…

  12. apa2pun,sy minta maaf sekiranya tersinggung.sy mmg jenis berterus terang.yg baik dr ALLAh, yg buruk, dr sy..wassalam wbt…

  13. Assalamualaikum….

    selamat berblog…alhamdulillah jadikan ‘dunia’ ini sbg tautan ukhuwwah dan da’wah buat kita. masa mula2 baca tulisan pn. dalam blog dr. mariah….teringat sayer bait2 tulisan ustaz nik abduh…benarlah….adik-beradik…ader kesamaannya…sejak ustaz NA menulis hampir 3 tahun yang lalu, saya x akan miss ‘menjenguk’ blognyer,amat tertarik dengan ‘nasihat’2 berhikmahnyer….’teguran2’ matangnyer…alhamdulillah kali ini saya dapat pula ‘berkenalan’ bersama waris, insyaAllah sama2 kita mendoakan kesejahteraan umat islam seluruhnya….teruskan menulis!
    jk tdk keberatan,izinkan saya mengetahui;
    1-umur pn. nik(senang utk komunikasi ‘panggilan’ tambahan pula anak puan 6 orang subhanallah…)
    2-pendidikan pn.(dari sek.men dan……..)

    syukran jazilan

    ummu ahmad

    • 1. dah tua kot…bukan nk berahsia sangat pun…tapi segan sikit. Panggillah apa saja, jangan yang buruk-buruk sudah…

      2. kalau ada masa saya ta’aruf nanti.
      cakap kat blog ni dah banyak…ta’aruf je belum lagi…camana tu…? mmm…

  14. salam ziarah,
    menarik hasil penulisan puan.

  15. Salam Pn. Nik…
    ini adalah kali pertama saya memasuki blog puan. Saya adalah seorang pelajar IPT dalam jurusan kejuruteraan. Anak kelantan tapi dah bertahun tinggal di luar kelantan sejak umur belasan tahun lagi kerna ilmu. Memandangkan puan pernah berada dalam bidang profesional dan juga merupakan anak tok guru yang dihormati dan disegani, alangkah baiknya puan dapat berkongsi bersama kami mengenai agama dan juga sains.perkaitannya. Supaya, apabila dibaca,difahami, maka kecintaan terhadap Islam itu lebih tinggi. Kita mengerti bahwa sekarang, pabila dididk dengan sains, maka kebanyakn ilmu agama itu sedikit tidak dikaitkan. Maka, demi cinta,sayang akan agama Islam yang suci indah itu, alagkah baiknya puan dapat berkongsi secebis ilmu yang banyak manfaatnya kepada kami khususnya yang masih tercari2 sinar Islam yang indah itu agar sentiasa kekal mewarnai bercahaya dalam jiwa kami…InsyaAllah…moga Puan terus sukses selalu…

  16. w’lam…

    saya bukan ahli dalam bidang tersebut.
    semoga ada manfaatnya dari penulisan lain dalam blog ini.
    tq

  17. A’kum!

    Serisuri,

    Ana simpati atas apa yg berlaku
    Ana sebenarnya dah lama tak puas hati ngan exco tu..rasa tak puas hati ana bermula sejak dia cuba menjatuhkan timbalan presiden Pas dlm muktamar tempoh hari.
    Teruskan perjuanganmu meskipun hanya di alam cyber je..

    sekian terima kasih dan salam perjuangan..

  18. abgjoe, on December 25th, 2009 at 8:38 am Said:

    A’kum!

    Serisuri,

    Ana simpati atas apa yg berlaku
    Ana sebenarnya dah lama tak puas hati ngan exco tu..rasa tak puas hati ana bermula sejak dia cuba menjatuhkan timbalan presiden Pas dlm muktamar tempoh hari.
    Teruskan perjuanganmu meskipun hanya di alam cyber je..

    sekian terima kasih dan salam perjuangan..
    Reply

    *
    serisuri, on December 25th, 2009 at 9:54 am Said:

    w’lam…
    semoga ada yang bermanfaat kita dapat kongsi bersama di sini…

    ****

    Wah..saya saje je nak test td..mmg terbuktila kalau komen yg memihak kepada dakwaan puan walaupun takde kualiti apa2 dan lebih2 lagi bila mengutuk exco tu..mesti terus disiarkan dlm blog puan ek..bukan tu je, bahkan terus mendapat balasan segera dr puan. Mmg terbuktilah puan ni ……… (tak yah la saya sebut)

    Sedangkan sebelum ni banyak kali saya bg komen yg tidak meimihak kepada nafsu puan tp semuanya diremove dr blog puan ni.

    mm bertaubatlah puan..jgn terlalu mengikut nafsu dan dendam kesemut puan tu..setiap yg berlaku ada hikmahnya. Sesunggunya sifat takbur dan dendam yg membaralah membuatkan iblis terus bermusuh dgn tuhan.

    Saya sudah tidak mengharap lg puan akan siarkan komen saya dalam blog puan..tp alhamdulillah, kini saya yakin puan membaca segala komen saya sebelum ni..hehe..

    Di sini saya mengambil kesempatan utk memohon maaf kpd exco yg berkenaan krn telah menggunakannya utk test puan serisuri td..

    Seri suri takde benda yg bermanfaatnya yg leh kita kongsi td tu..apa yg saya hantar dan puan seri siarkan dgn kadar segera tu adalah perkara fitnah dan fasak semata2… marilah kita sama2 mohon maaf dr nya dan sama2 bertaubat.

    P/s: saya rasa bersalah la plak kerana telah mengheret exco itu semata2 nak test puan seri td

  19. Salam ukhuwwah buat seorang teman lama….

    sejak detik awal mendengar kemelut2 yang melanda kelantan yang mengaitkan pula nama Ir Abdul Arifffahmi…hati tertanya2..suami siapakah Ir Abdul arriffahmi ini…suami nik amalinakah? rupa2nya sangkaan saya itu betul…pada hari ini baru saya tahu gerangannya…itupun setelah baru berkesempatan membaca surat NA di blog Dr mariah yang akhirnya membnwa saqya terus ke blog seri suri ini….
    sepanjang hampir satu hari saya membaca entri2 dan komen2 yang disiarkan….ternyata ianya memberi persepsi yang pelbagai….
    pro dan kont….
    kenapa?
    sudah tentu jika blg ini hanay kepunyaan insan biasa seperti saya ianya hanyalah blog yang biasa2 saja…tetapi oleh kerana ia kepunyaan seorang puteri kepada TGNA TGNA…ianya bukan sekadar biasa….

    Sesungguhnya Allah akan menguji setiap hambanya yang berman dengan ujian kelaparan, ketakutan, kekurangan harta dan berbagai2 lagi ujian keimanan….sekadar mahu tahu adakah kita redha denganNya….

    sesungguhnya kini adalah masa amalina diuji….bersabarlah di atas ujian ini…seandainya kebenaran tidak mampu disingkapkan didunia….ia tidak akan mampu dinafikan di akhirat kelak….banyakkan berdoa pada tika ini kerana doa orang yang dizalimi dan difitnah adalah doa yang dimakbulkan,,,,bukan senang mendapat peluang doa mustajab ini….hikmah yang tersirat yang kita mungkin tidak sedar..

    apa2pun…saya tidak mahu mengatakan bahawa suami amalina tidak bersalah…dan tidak juga mengatakan bahawa dia bersalah seperti yang didakwa kerana saya tidak mengetahui duduk perkara sebenar…
    cuma doa saya agar jika amalina dan suami di pihak yang benar…moga Allah akan sentiasa memberikan kekuatan dan kesabaran serta ganjaran yang banyak pada kalian…dan jika suami amalina bersalah..moga Allah memberi keampunanNya…

    juga pendapat peribadi saya…saya tidak merasa salah tindakan amalina menyiarkan surat tersebut walaupun agak emosional…walaupun ada yang mengatakan wajar berdiam sahaja….tetapi mereka tidak tahu dan merasa apa yang amalina alami…tidak salah amalina membela suami…bahkan ianya adalah satu tindakan yang sewajarnya apatah lagi bila kita mempunyai peluang itu…kalau saya pun..mungkin saya akan bertindak sedemikian…
    adakalanya..berdiam diri itu baik..tapi adakalanya bersuara lebih perlu…
    orang yang merasa lebih tahu apakah tindakan yang perlu..
    respon manusia juga pelbagai…ada yang akan mengatakan bahawa seorang isteri yang lantang membela suami sebagai isteri mithali dan dalam masa yang sama akan ada juga mengatakan perempuan baik diam jelah..jangan sibuk2 campur..
    .lain orang lain persepsi…

    dan saya yakin bahawa amalina tidak pernah berniat sama sekali ingin menjatuhkan Pas dengan tulisannya itu tetapi oleh kerana kes suaminya berkait dengan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas maka kelihatanlah seperti amalina mencampuri urusan parti….

    apa yang saya faham dari tulisan amalina…dia hanyalah sekadar menzahirkan perasaannya sebagai seorang wanita, isteri yang merasa sedih dengan keadaan suaminya yang ditekan tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya…salahkah itu? terpulang kepada pembaca menilainya…jika suka bacalah…jika x suka jangan baca…pilihan ditangan kita sepertimana pilihan juga ada di tangan amalina…

    begitu juga dengan tulisannya mengenai kekeluargaan atau pengalamannya…..saya tidak nampak amalina ingin meninggikan diri…kalau kita blogwalking pun…byk blog yang menceritakan kisah2 begini…nak baca baca…x nak baca x paksa…x perlulah kita nak mengeji…sekadar berkongsi sedikit rasa…sedikit pengalaman..apalah salahnya….

    Apapun saya mendoakan agar TGNA, amalina dan Kelaurga terus diberikan kekuatan oleh Allah…kebenaran akan jelas jua akhirnya…cepat atau lambat…tidak di dunia di akhirat pasti akan terlihat….

    Salam takzim buat TGNA dan keluarga..

    Allahu Akbar!!

    • W’lam…

      Saya lebih respect kepada mana-mana pihak yang berada ditengah-tengah, tidak mudah melatah menuduh suami saya yang bukan-bukan, dan tidak mudah percaya dia berada di pihak yang benar, mencari kebenaran itulah yang terbaik.

      Saya sentiasa mahu Pas ke hadapan pada setiap masa, jangan ada musuh dalam selimut yang mengkucar-kacirkan pejuang-pejuang Islam yang tulen kerana mereka ini benar-benar ikhlas inginkan yang terbaik, khususnya buat Negeri Kelantan yang tercinta ini.

      Semoga anda juga sentiasa dirahmati olehNya…

      • PAS bknlah pejuang islam yg tulen selagi bersubahat dlm sistem demokrasi..pd pandangan ALLAH mereka yg mcampur adukkan yg haq & yg bathil adalah sama saja dimata ALLAH..cari nas ni dlm al quran..pasti jumpa.. kalo nk perjuangkan islam, kene kembali kpd sunnah Rasul, buat balik apa yg rasulullah buat, buat bersubahat dlm sistem demokrasi. apa yg tjadi pd PAS selama ini (kucar kacir, caci maki dll) telah menunjukkan Allah tak redho ddgn PAS..renung2kanlah…

    • A’kum Bintu rusyd dan Serisuri,

      Ini komen saya terhadap tulisan bintu rusyd:

      1. sepanjang hampir satu hari saya membaca entri2 dan komen2 yang disiarkan….ternyata ianya memberi persepsi yang pelbagai….
      pro dan kont….<– inilah yg dikatakan celaru dan menyemarakkan fitnah– bukan sahaja tidak mencapai target penjernihan yg diidamkan oleh puan nik, bahkan semakin menyuburkan fitnah dalam jemaah
      2. oleh kerana ia kepunyaan seorang puteri kepada TGNA TGNA…ianya bukan sekadar biasa….<– so baik berhati2 atau dok diam je utk mengelak diri dr bende yg celaru dan mengandungi unsur fitnah. Jgn sekali2 buat serangan dan dakwaan tanpa penghujahan dan pembuktian..nanti akan rosakkan lagi nama TGNA dan Parti
      3. Sesungguhnya Allah akan menguji setiap hambanya yang berman dengan ujian kelaparan, ketakutan, kekurangan harta dan berbagai2 lagi ujian keimanan…<–so terimalah saranan dan nasihat pimpinan parti dgn taat dan patuh tanpa menyerang sana sini atau membuat bising dlm alam maya ni
      4. …tidak salah amalina membela suami…bahkan ianya adalah satu tindakan yang sewajarnya apatah lagi bila kita mempunyai peluang itu..<–salah bela suami apabila kita terlalu emosi sehingga membelakangi nasihat pimpinan—apatah lagi menyebarkan berita yg mengandungi tuduhan dan dakwaan terhadap pihak lain tanpa asas dan bukti yg jelas..kalau betul ada peluang dan cukup bukti, kemukakanlah atau terus je bawa ke muka pengadilan..kan lebih baik dr berblog ni
      5. saya yakin bahawa amalina tidak pernah berniat sama sekali ingin menjatuhkan Pas dengan tulisannya itu …..<–kalau dah bersalah dgn tulisannya yg awal tu minta je lah maaf kpd seluruh org Pas dan jgn buat lagi. So tak yah la berblog n dok terus kondem org lain lebih2 lagi para pimpinan kita-jgn dok terus kuar kenyataan yg boleh mendtgkan fitnah dan menguntungkan pihak musuh
      6. apa yang saya faham dari tulisan amalina….dia hanyalah sekadar menzahirkan perasaannya sebagai seorang wanita, isteri yang merasa sedih dengan keadaan suaminya yang ditekan tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya…salahkah itu? terpulang kepada pembaca menilainya…jika suka bacalah…jika x suka jangan baca….<–nak dpt pembelaan bawa je ke mahkamah atau ke SPRM. Dakwa je kickdefella n exco yg dimaksudkan. Masalahnya, dakwaan dan kenyataan dr blog seri suri ni mendapat perhatian sehingga dipetik oleh Malaysiakini dan media musuh..boleh mendtgkan fitnah kpd parti dan kemarahan ahli parti spt saya ni
      7. tulisannya mengenai kekeluargaan atau pengalamannya…..saya tidak nampak amalina ingin meninggikan diri…kalau kita blogwalking pun…byk blog yang menceritakan kisah2 begini…nak baca baca…x nak baca x paksa…x perlulah kita nak mengeji….<–org tak keji yg ni, yg kita protes dan keji ialah tuduhan liar kepada pimpinan Pas sehingga boleh dijadikan bhn oleh musuh utk memfitnahkan Pas

      Taubatlah ok..terimalah nasihat dan saranan parti yg disampaikan oleh T.G.Haji Hadi, Us Haron Din dan yg telah dipersetujui oleh ayahanda puan (TGNA) sendiri dengan taat, redha dan penuh keimanan dan semangat pengorbanan yg tinggi. Itulah yg dikatakan sbg seorang pejuang yg tulen.

      • assalamualaikum abgjoe dan pembaca2 semua…

        pencerahan dari maksud posting saya dan respon kepada ulasan abgjoe…

        sebelum itu saya mohon agar kita sama2 berlapang dada sebelum kita membuat penilaian terhadap sesuatu keadaan dan juga memohon agar kita cuba memahami situasi yang dihadapi oleh individu tersebut…ini kerana pertimbangan kita yang tidak merasa denga orang yang merasa adalah berbeza…..

        jangan cepat kita menghukum…cukuplah sekadar kita cuba memberikan buah fikiran@pendapat…..kita buat hakim yang mendengar hujah dan bukti semua pihak sehingga kita boleh menjatuhkan hukuman…bahkan kita
        mendengar dr pihak ke

        kata saya :”sepanjang hampir satu hari saya membaca entri2 dan komen2 yang disiarkan….ternyata ianya memberi persepsi yang pelbagai….
        pro dan kont…”.

        abgjoe–> inilah yg dikatakan celaru dan menyemarakkan fitnah– bukan sahaja tidak mencapai target penjernihan yg diidamkan oleh puan nik, bahkan semakin menyuburkan fitnah dalam jemaah

        respon saya–>pro dan kont tidak semestinya membawa maksud ianya membawa kepada kekecelaruan….dalam setiap diskusi ilmu sekalipun akan terjadinya percanggahan pendapat…di mana percanggahan ini x semestinya membawa kepada fitnah…bahkan kadangkala pro dan kont ini yang membantu kita lebih memahami masalah yang sebenar….mengetahui kelemahan juga kelebihan kita..jgn ambil dr sudut negati…memang dalam memberi penerangan itu ia x akan sampai maksudnya 100% sekaligus…akan tetapi ia mengambil masa dan berperingkat…seperti operasi penyulingan..mememerlukan beberapa langkah untuk menghasilkan air suling yang benar bebas dr segala unsur

        kata saya “oleh kerana ia kepunyaan seorang puteri kepada TGNA TGNA…ianya bukan sekadar biasa….

        abgjoe–> so baik berhati2 atau dok diam je utk mengelak diri dr bende yg celaru dan mengandungi unsur fitnah. Jgn sekali2 buat serangan dan dakwaan tanpa penghujahan dan pembuktian..nanti akan rosakkan lagi nama TGNA dan Parti

        respon saya–>kalau begini pendapatnye..bermakna selepas ini mana2 anak atau keluarga kepada pimpinan…jgn sesekali berhasrat nak menonjolkan diri…jgn campur apa2 urusan atau apa2saja…duk diam2 kat rumah…walaupun diserang oleh mana2 pihak diam je….biarlah…nanti lagi byk fitnah…biarlah….
        Adakah begiti pendirian yang perlu diambil? bijakkah sebenarnya jika pendekatan berdiam diri ini yang diambil?
        mungkin abgjoe jawapannya ya…tetapi tidak bagi saya…bagi saya..apa yang benar perlu dikatakan walaupun pahit…walaupun ia mencetuskan kontroversi…kerana kebenaran perlu ditegakkan…cuma masalhnya..jika ia mengancam solidariti jemaaah….wajarkah?

        bagi saya….sebelum ini pimpinan pas sendiri mengatakan bahawa kes ini adalah masalah yang melibatkan keluarga TGNA dan mereka tidak mahu memberikan ulasan panjang mengenai hal ini…justeru..jika ini adalah urusan kelaurga tidak salahlah jika ahli keluarga mangambil langkah utk membersih nama….tuptap…bila langkah yang diambil…dikatakan merosakkan nama parti….Peliknya…kenapa pulak masalah keluarga boleh merosakkan nama parti?
        jika masalah ini boleh merosakkan nama parti bermakna ini juga adalah urusan parti dan x seharusnya kita membiarkan TGNA dan keluarganya shj menghadapi perkara ini…

        kita sebagai ahli parti perlu memberi sokongan…tunjukkan kepada org umno bahawa kita menyokong…..bukan turut mengkritik keluarga TGNA…..so….jika nak kritikpun jgn tulis diblog… kalau tindakan puan nik adalah salah kerana menulis kritikan diblog…maka pada nilaian saya kritikan abgjoe ini sendiri juga SALAH……seharusnya jika kita sama2 menjaga kepentingan parti kita bukan menggunakan kaedah mengkritik atau menghentam….tetapi memberi pandangan..menegur dengan cara yang tidak memungkinkan org umno menyalahgunakannya….
        tetapi malangnya…kita sendiri yang mengaku ahli parti ini yang membuka lagi peluangnya….

        jika tulisan pn Nik kita hanya diamkan sebagai pembelaan keluarganya….memberi restu kepada tulisannya walaupun tidak bersetuju..maka org umno x mungkin dapat peluang utk berkokok dgn nyaring kepada Pas…tapi…ahli pas memang cepat melatah…..itulah hakikat yang x boleh disangkal…bila melatah..wala’ kita hilang kerana kita beri komen lebih drp pimpinan sendiri…

        kata saya” Sesungguhnya Allah akan menguji setiap hambanya yang beriman dengan ujian kelaparan, ketakutan, kekurangan harta dan berbagai2 lagi ujian keimanan…

        abg joe–>so terimalah saranan dan nasihat pimpinan parti dgn taat dan patuh tanpa menyerang sana sini atau membuat bising dlm alam maya ni

        respon saya–> saya baca balik blog seri suri ini dan saya dapati tiada serangan bertalu yang diberikan…apa yang ada hanyalah di awal entri…tulisan pn nik mengenai pendiriannya terhadap suaminya…selepas itu….hanya cerita2 dan pengalamanyanya sahaja….bermakna..puan nik menerima teguran tersebut….
        kata saya” tidak salah amalina membela suami…bahkan ianya adalah satu tindakan yang sewajarnya apatah lagi bila kita mempunyai peluang itu..

        abjoe–>salah bela suami apabila kita terlalu emosi sehingga membelakangi nasihat pimpinan—apatah lagi menyebarkan berita yg mengandungi tuduhan dan dakwaan terhadap pihak lain tanpa asas dan bukti yg jelas..kalau betul ada peluang dan cukup bukti, kemukakanlah atau terus je bawa ke muka pengadilan..kan lebih baik dr berblog ni

        kata saya lagi “apa yang saya faham dari tulisan amalina….dia hanyalah sekadar menzahirkan perasaannya sebagai seorang wanita, isteri yang merasa sedih dengan keadaan suaminya yang ditekan tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya…salahkah itu? terpulang kepada pembaca menilainya…jika suka bacalah…jika x suka jangan baca…

        kata abgjoe-–>nak dpt pembelaan bawa je ke mahkamah atau ke SPRM. Dakwa je kickdefella n exco yg dimaksudkan. Masalahnya, dakwaan dan kenyataan dr blog seri suri ni mendapat perhatian sehingga dipetik oleh Malaysiakini dan media musuh..boleh mendtgkan fitnah kpd parti dan kemarahan ahli parti spt saya ni

        respon saya–> mana abgjoe tahu beliau tiada bukti? tidak mustahil buktinya ada…cuma tidak ditunjukkan kepada abgjoe sahaja…

        tetapi kalau betul ada…kenapa pn nik tidak mahu kemukakan ke muka pengadilan? ehm..betul jugak ye…
        bawak jelah ke mahkamah atau sprm…

        abgjoe sendiri percaya ke dengan sistem pengadilan yang ada di negera malaysia ini? polis@sprm boleh dipercayai ek? mahkamah pun boleh percayalah ek? ehm…agaknyelah..
        kalau pengadilan di Malaysia dalam kes2 sebegini boleh dipercayai…jadi betullah datuk seri nizar tu memang dah x sah jwtannya sebagai MB? ehmmmm…..
        betullah bila SPRM kata Rafidah aziz x terlibat dr kes rasuah..betullah agaknya bila sisatanrasuah kepada kebanyakkan ahli @ pimpinan umno oleh SPRM tu telus…ehmmmm

        kata saya: “saya yakin bahawa amalina tidak pernah berniat sama sekali ingin menjatuhkan Pas dengan tulisannya itu …..

        abgjoe–->kalau dah bersalah dgn tulisannya yg awal tu minta je lah maaf kpd seluruh org Pas dan jgn buat lagi. So tak yah la berblog n dok terus kondem org lain lebih2 lagi para pimpinan kita-jgn dok terus kuar kenyataan yg boleh mendtgkan fitnah dan menguntungkan pihak musuh

        respon saya: tulisan abgjoe ni pun merupakan kenyataan yang turut boleh mendatangkan fitnah dan menguntungkan pihak musuh……kerana kita memberi hukuman sebelum kita tahu kebenarannya….kita menghukum tanpa memberikan izin untuk pembelaan…tu fesyen perangai ahli umno….

        kata saya:”tulisannya mengenai kekeluargaan atau pengalamannya…..saya tidak nampak amalina ingin meninggikan diri…kalau kita blogwalking pun…byk blog yang menceritakan kisah2 begini…nak baca baca…x nak baca x paksa…x perlulah kita nak mengeji….

        abgjoe-–>org tak keji yg ni, yg kita protes dan keji ialah tuduhan liar kepada pimpinan Pas sehingga boleh dijadikan bhn oleh musuh utk memfitnahkan Pas

        RESPON SAYA: abgjoe mungkin x keji bab ini..tapi ada mentaliti pembaca lain yang rendah…yang benda2 macam ni pun nak dikritik….

        tuduhan pn nik tidak liar..liar bermakna..susah dikawal…tetapi tuduhan beliau jelas hanya kepada seseorang…..dan biarlah pimpinan menyiasat perkara ini…xperlu kita sibuk duk beri ulasan selari sedangkan kita sendiri tidak pasti kebenarannya…

        Maaflah jika respon saya menyinggung perasaaan…seseungguhnya saya sendiri tidak suka dengan situasi sukar ini….sukar untuk parti dan pimpinan parti kerana sebenarnya ia bukan melibatkan masalh keluarga pimpinan sahaja tetpi membawa nama parti sendiri…

        sejak saya membuka mata saya juga melihat bulan…membesar dengan bulan dan insyaAllah akan mati dengan lingran bulan selagi mana bulan tetap teguh berpaksikan syiar Allah…justeru..sebagai ahli perjuang Islam…mohon agar kita membuka minda…jgn terikut dan terpedaya dengan permainan umno yang ingin kita mempertikaikan TGNA…kerana umno nampak kekuatan ahli pas byk bergantung kpd TGNA..jd x dpat rotan akarpun berguna…fahamilah tipudaya politik ini….berilah sokongan kepada tindakan kelaurga TGNA…jgn kita menghukum…..
        bak kata saya di awal posting saya…::apa2pun…saya tidak mahu mengatakan bahawa suami amalina tidak bersalah…dan tidak juga mengatakan bahawa dia bersalah seperti yang didakwa kerana saya tidak mengetahui duduk perkara sebenar…

        cuma doa saya agar jika amalina dan suami di pihak yang benar…moga Allah akan sentiasa memberikan kekuatan dan kesabaran serta ganjaran yang banyak pada kalian…dan jika suami amalina bersalah..moga Allah memberi keampunanNya…”

        wassalam…

  20. Assalamualaikum Puan..nama saya Nik Badri Bin Nik Ab Aziz pelajar universiti Al Azhar Damanhur,merupakan anak peneroka felda wilayah Gua Musang…ape yang ada pada nama?kerana nama ini saya ditanya beberapa soalan tentang tok guru dalam program biro tatanegara..
    semoga puan tabah menghadapi ujian hidup syukran…

    • W’lam…

      Sebagaimana saudara, saya juga punya pengalaman yang hebat semasa BTN.
      Tetapi tidak pula mereka tanyakan yang bukan-bukan kepada saya…, dah tahu tuannya kan…Tapi pengalaman itu sangat istimewa kepada saya kerana ‘saya’ ada dalam siri BTN tersebut.

      Setelah mereka puas mengutuk PAS, akhirnya dengan penuh hormat mereka menyampaikan salam mereka kepada TG. Saya hanya tersenyum…

      Kenangan BTN adalah antara kenangan yang terbaik pernah saya lalui…

  21. puan dulu blajar kat UTM kan…

  22. salam..buat puan amalina..adik kepada ustaz-ustaz saya..semoga sabar sentiasa berada d dalam diri..semua ini lumrah duna..

  23. A’kum Bintu rusyd dan Serisuri,

    Re: Pencerahan Dari Maksud Posting Saya Dan Respon Kepada Ulasan Abgjoe…

    *** respon saya–>pro dan kont tidak semestinya membawa maksud ianya membawa kepada kekecelaruan….dalam setiap diskusi ilmu sekalipun akan terjadinya percanggahan pendapat…di mana percanggahan ini x semestinya membawa kepada fitnah…bahkan kadangkala pro dan kont ini yang membantu kita lebih memahami masalah yang sebenar….mengetahui kelemahan juga kelebihan kita..jgn ambil dr sudut negati…memang dalam memberi penerangan itu ia x akan sampai maksudnya 100% sekaligus…akan tetapi ia mengambil masa dan berperingkat…seperti operasi penyulingan..mememerlukan beberapa langkah untuk menghasilkan air suling yang benar bebas dr segala unsur

    # Pro kontra mmg tak semestinya membawa kepada kecelaruan. Tapi dalam kes serangan kepada Exco X (yg tidak dinyatakan bukti yg jelas, bahkan nama pun tak disiarkan) dan dakwaan yg mengatakan TGNA sendirian dlm pertahankan Parti memang membawa kecelaruan dan kemarahan kepada kita semua org Pas…bukan sahaja kepada saya, bahkan para pemimpian kita juga turut terasa (yg terbaru saudara Zak Ibrahim dan Us Idris Ahmad pun dah bg respon utk isu ini)

    *** abgjoe–> so baik berhati2 atau dok diam je utk mengelak diri dr bende yg celaru dan mengandungi unsur fitnah. Jgn sekali2 buat serangan dan dakwaan tanpa penghujahan dan pembuktian..nanti akan rosakkan lagi nama TGNA dan Parti

    respon saya–>kalau begini pendapatnye..bermakna selepas ini mana2 anak atau keluarga kepada pimpinan…jgn sesekali berhasrat nak menonjolkan diri…jgn campur apa2 urusan atau apa2saja…duk diam2 kat rumah…walaupun diserang oleh mana2 pihak diam je….biarlah…nanti lagi byk fitnah…biarlah….
    Adakah begiti pendirian yang perlu diambil? bijakkah sebenarnya jika pendekatan berdiam diri ini yang diambil?
    mungkin abgjoe jawapannya ya…tetapi tidak bagi saya…bagi saya..apa yang benar perlu dikatakan walaupun pahit…walaupun ia mencetuskan kontroversi…kerana kebenaran perlu ditegakkan…cuma masalhnya..jika ia mengancam solidariti jemaaah….wajarkah?

    # Anda perlu faham..saya kata nak bela diri atau nak berblog tu, baik berhati2 atau kalau tak mampu baik dok diam je. Boleh bela diri tapi biarlah rasional berasas dan dgn pembuktian yg jelas. Kalau boleh bawa ke SPRM atau ke mahkamah bawa jelah. Saman je exco X yg disifatkan jahat itu. Seperti anda kata, biarpun pahit tp bawalah kes itu ke muka pengadilan demi membela maruah anda dan suami anda dan parti. Tp kalau rasa setakat ni belum mampu lagi utk pembuktian seperti itu, so baik berhati2 lah atau dok diam lagi baik.

    # Berhati2 dan behikmahlah, lebih2 lagi bila kita nak buat tuduhan terhadap seseorang, apatah lagi org itu adalah exco kita atau para pemimpin kita. Kalau rasa tak mampu berhati2 atau tak pandai nak berhati2 atau takut menambah lagi fitnah kepada parti dan diri serta keluarga sendiri, so dok diam lagi baik kan..kerana sifat berdiam dulu itu tidak beerti menyerah kalah kepada takdir dan fitnah..Kdg2 org lebih bersimpati dgn sifat kita yg diam, akur dan taat kepada nasihat para pemimpin kita. Dok serang sana sini sehinggakan kepada pemimpin Pas dan seluruh ahli pas secara umum (yg disifatkan membiarkan TGNA bersendirian dlm memperjuangkan parti) adalah mmg menyemarakkan lagi kemarahan dan fitnah. Saya takut org akan benci keluarga TGNA, lepastu akan benci pula kepada Tok Guru sendiri dan akhirnya kepada barisan exco kita dan parti amnya. Lebih2 lagi kalau anak TGNA yg buat tuduhan itu..lagi cepat media musuh mengambil kesempatan.

    *** bagi saya….sebelum ini pimpinan pas sendiri mengatakan bahawa kes ini adalah masalah yang melibatkan keluarga TGNA dan mereka tidak mahu memberikan ulasan panjang mengenai hal ini…justeru..jika ini adalah urusan kelaurga tidak salahlah jika ahli keluarga mangambil langkah utk membersih nama….tuptap…bila langkah yang diambil…dikatakan merosakkan nama parti….Peliknya…kenapa pulak masalah keluarga boleh merosakkan nama parti?

    jika masalah ini boleh merosakkan nama parti bermakna ini juga adalah urusan parti dan x seharusnya kita membiarkan TGNA dan keluarganya shj menghadapi perkara ini…

    # Hai..kes anak menantu dan MB di PMBK ni mmg kes keluarga. Kemudiannya menjadi masalah parti juga sbb kerajaan TGNA adalah mursyidul am, CEO tu menantu, MB dan pentadbiran di PMBK juga merupakan salah satu urusan pemerintahan Pas di Kelate. Mmg jelaslah ianya masalah yg meliputi kekeluargaan, pemerintahan dan parti. Bukan je nama TGNA boleh tercemar dek fitnah yg melanda ni. Imej kerajaan negeri dan jemaah kita keseluruhannya boleh tercemar. Cuma dr sudut utk menagani masalah ini, sekiranya ia boleh diselesaikan secara kekeluargaan, kemudiannya di peringkat dalaman kelantan lagi baik. Kecuali apabila ianya tak mampu diselesaikan secara kekeluargaan dan peringkat dalaman pentadbiran kelate..maka bolehlah kita bawa ketengah.

    # Baguslah kalau bintu rusdi atau puan serisuri nak betulkan atau mencari penjernihan secara dalaman atau kekeluargaan. Tapi jgnlah plak dok tuduh dan sebar dakwaan dan kenyataan kosong dalam blog sehingga mengguris hati org lain dan memberi imej buruk kepada org kita org Pas di kaca mata masyarakat umum.

    # Lagi pun, sape kata para pemimpin Pas dok diam dlm isu ni..bukankah Haji Hadi dan Haron Din dah dtg berbincang ngan TGNA pasal isu PMBK ni. Takkanlah org lain nak menjuarai isu ni..nanti dituduh kacau daun atau biadab plak karang. Org lain boleh bg padangan dan nasihat je. Dr sudut etika dan kuasanya mestiilah diserahkan kepada TGNA sbg ketua kerajaan (MB), ketua parti dan mertua kepada CEO tu. TGNA lah org yg berkuasa dr sudut pentadbirannya utk menamatkan perkhidmatan CEO PMBK tu.

    # Saya yg tak pernah menulis di blog pun rasa terpanggil nak tulis demi membersihkan TGNA dan kerajaan kelate serta parti dr dakwaan2 liar yg menodai maruah TGNA, barisan exco, kerajaan Pas dan parti amnya. Di samping melepaskan geram ku hehe..saje nak release perasaan jugak..

    *** kita sebagai ahli parti perlu memberi sokongan…tunjukkan kepada org umno bahawa kita menyokong…..bukan turut mengkritik keluarga TGNA…..so….jika nak kritikpun jgn tulis diblog… kalau tindakan puan nik adalah salah kerana menulis kritikan diblog…maka pada nilaian saya kritikan abgjoe ini sendiri juga SALAH……seharusnya jika kita sama2 menjaga kepentingan parti kita bukan menggunakan kaedah mengkritik atau menghentam….tetapi memberi pandangan..menegur dengan cara yang tidak memungkinkan org umno menyalahgunakannya….
    tetapi malangnya…kita sendiri yang mengaku ahli parti ini yang membuka lagi peluangnya….

    # Oh semua salah ek..bukan je saya, Harakahdaily pun salah kerana dok siarkan ulasan Us Idris dan Zaki Ibrahim dalam kes Serisuri ni. Us Idris dan Zaki tu salah jugak kan..Saya rasa anda lagi salah sbb dok menggalakkan tulisan2 yg mengandungi dakwaan dan serangan kosong tanpa pembuktian kepada pemimpin Pas. Hmm..Abg oje salah ek sbb dok respon kat Serisuru ni..tp Abg Joe response je..sape yg mula dulu. Lagi pun abg joe ni bukan anak TGNA atau Haji Hadi..bukan juga adik Husam Musa..hehe..sbb tu Malaysiakini tak peduli apa abg joe tulis ni..So abgjoe ni tak bahaya sgt la kan..haha. Abgjoe ni geram sgt sebenarnya ..hahaha

    *** jika tulisan pn Nik kita hanya diamkan sebagai pembelaan keluarganya….memberi restu kepada tulisannya walaupun tidak bersetuju..maka org umno x mungkin dapat peluang utk berkokok dgn nyaring kepada Pas…tapi…ahli pas memang cepat melatah…..itulah hakikat yang x boleh disangkal…bila melatah..wala’ kita hilang kerana kita beri komen lebih drp pimpinan sendiri…

    # Nak pembelaan ke..abg ade kenal ngan sorang lawyer..nak abg joe tlg kenalkan ngan dia pun boleh..kumpul la bukti2 dulu yer..sape yg cepat melatah, setakat ni yg melatah dlm isu PMBK dan Serisuri ni Mahfuz, Us Idris dan Zaki je..tp abg Joe rasa patutpun mereka tu berkokok..sbb kalau tak berkokok langsung, nnti org kata kita biarkan Tok Guru bersendirian plak nnti..Tp Abgjoe harap jgn dok berkokok dan bising2 sgtla..Lgpun org pun dah kenal sape Serisuri ni kan..so dah tak bahaya sgt dah.

    *** respon saya–> saya baca balik blog seri suri ini dan saya dapati tiada serangan bertalu yang diberikan…apa yang ada hanyalah di awal entri…tulisan pn nik mengenai pendiriannya terhadap suaminya…selepas itu….hanya cerita2 dan pengalamanyanya sahaja….bermakna..puan nik menerima teguran tersebut….

    kata saya” tidak salah amalina membela suami…bahkan ianya adalah satu tindakan yang sewajarnya apatah lagi bila kita mempunyai peluang itu..

    # Awak baca artikel yg pertamanya tu je ke? Awak tak baca ke tulisan amalina yg mendakwa kita semua membiarkan TGNA bersendirian tu. Awak juga tak baca ke response2 yg dibuat oleh Serisuri dlm forumnya dgn pembaca di blognya terutamanya yg berkaitan dgn exco x tu secara berterusan..Mmm saya rasa sedih dan pedih bila membaca semua tu. Tak tau la apa kata pimpinan Pas yg lain. Tapi saya tau mereka semua tu sabar dan bijak. Saya ni ahli biasa je dan bukan org alim atau anak tok guru..org awam je..sekadar maybe melepaskan geram je (sekiranya tulisan saya tak leh dianggap nasihat).

    # Wajib bela suami tapi biarlah berasas, rasional dan beradab. Biarlah juga melalui salurannya yg betul. Guna saluran parti, kalau perlu ke SPRM atau ke Mahkamah, bawalah.

    *** respon saya–> mana abgjoe tahu beliau tiada bukti? tidak mustahil buktinya ada…cuma tidak ditunjukkan kepada abgjoe sahaja…

    # kalau tak nak tuniuk bukti kat abgjoe dan masyarakat umum jgn dok tulis blog n serang mana2 exco atau individu..kalau rasa masanya lom sesuai utk kemukakan bukti, maka dok diam n tunggulah ketibaan masa yg sesuai itu. Kalau rasa dgn pembuktian itu boleh menjejaskan nama parti atau mendtgkan fitnah lain kepada parti, so berkorbanlah utk parti meskipun maruah atau nyawa anda tergadai.,,sbb seri suri ni seorang pejuang kan, serikandi kan..??

    # Abg joe tak suka dgn dakwaan kosong di blog ni..exco kelate tu org pas, pimpinan Pas juga. Jgn juga dok kata secara umum kita biarkan tok guriu sorang2 pertahankan Parti. Kita ade kerajaan Kedah, Penang, Selangor dan PR secara umumnya utk kita pertahan dan perjuangkan. Biarlah TGNA diberi keutamaan dlm isu anak menantu, PMBK dan pentadbiran serta Pas kelate..k. Jgn lah ada org luar yg ingin mengambil alih tempat beliau, lantas ingin menjuarainya k.

    *** abgjoe sendiri percaya ke dengan sistem pengadilan yang ada di negera malaysia ini? polis@sprm boleh dipercayai ek? mahkamah pun boleh percayalah ek? ehm…agaknyelah..

    # Percaya ke tak percaya ke tu je lah yg kita ade..kes nizar, anwar ibrahim tu kes melawan UMNO secara langsung..setaraf ke ngan kes yg kita perdebatkan ni..jauh panggang dr api. Lagi pun dlm kes nizar dan anuar ibrahim ni pun kita tetap juga bawa ke mahkamah. Kita tahu mahkamah tak adil,,,tapi rakyat akan menghakimi perjalanan kes tersebut. Malu saya nak samakan kes nizar ni ngan kes arif fahmi dgn kes exco x ni.

    # Malaslah abg joe nak ulang2 point yg sama ni..setakat ni je lah. Cuma abgjoe nak pesan je..kita dok dlm jemaah ni, sepatutnya kita tunggu dan dgr apa nasihat parti kita, pemimpin kita..berikan wala’ sepenuhnya kpd pemimpin kita. Kalau ada tak puas hati bawalah bermusyawarah. Gunalah saluran yg tepat. Hindari dari kenyataan yg mengundang fitnah atau mengguris perasaan org. Jgn sekali-kali jadikan diri kita dan tulisan kita senjata yg diguna oleh musuh utk menikam kita balik. Jgn berdegil dan bersifat takbur dan bercakap berbelit2..sepatutnya kita sentiasa kena redha dan sedia berkorban kalau kita betul2 nak jadi pejuang Allah.

    # Maaflah kalau anda tersinggung…Saya setuju saya rasa bersalahlah dok perdebatkan isu ini pjg2. Nampaknya bintu rusyd dan serisuri pun tak leh nak terima pandangan saya..so tak de gunanya lagi kan..kerana ianya akan menjadikan isu serisuri, isu exco x, isu anak menantu dan isu penajaan haji menjadi evergreen.

    # So mari kita sama2 bertaubat dan mencari penjernihan secara berjemaah dalam semangat anak beranak.

    P/S terpaksa post balik. Yg tadi celaru..maaf ye puan seri suri atas kecelaruan saya td tu..kalau nak remove..remove yg td tu..tp yg ni, harap siarkan yer. lagi satu bintu ruysd tu macam puan sersuri la, ke suamianya..??

    • asssalamualaikum….

      suka saya membaca respon yang diberi oleh abgjoe dan suka juga saya mengatakan bahawa saya tidak mengatakan bahaw apa yang dikatakan oleh abgjoe itu salah…dan tidak juga bermakna ianya betul…dan suka juga saya mengatakan bahawa apa yang saya kata adalah betul dan suka juga saya mengatakan bahawa ianya juga mungkin tidak betul..

      ada yang diperkatakan oleh abgjoe mungkin betul dari satu sudut dan mungkin juga silap dari sudut yang lain…begitu juga dengan apa yang saya utarakan…mungkin betul dari satu sudut dan mungkin juga khilaf dari sudut yang lain….

      ini menunjukkan tindakan, buah fikiran atau emosi kita semua tidak semestinya sentiasa betul dan juga tidak semestinya sentiasa salah….

      kesilapan itu tetap ada baik dipihak puan serisuri, pihak abgjoe mahupun saya sendiri….kita sama sekali tidak akan mampu mengatakan bahawa tindakan kita ini betul kerana kita hanyalah hamba yang lemah…yang terbatas pengetahuan dan kemampuannya….
      justeru…mungkin ada pendapat pn serisuri betul..dan mungkin ada pendapatnya salah…begitu juga dgn pendapat kita ini…..baik pendapat saya yang dikatakan agak membela…atau pendapat abgjoe yang agak mengkritik…mungkin betul dan salah itu ada pada diri masing2….

      cumanya..bagi saya…seperti saya katakan awal2…saya tidak berniat membela atau menghukum….jika serisuri dan keluarganya benar…alhmdllah…dan jika salah…moga Allah memberi keampunannya…….dan harapan saya agar ahli pas jangan memperpanjangkan isu ini…
      bahkan pimpinan sendiri…jgn terburu2 membuat komen di media….kerana ini membuka ruang kepada musuh kita…cukuplah jika betul pnserisuri telah tersilap….maka buatlah teguran terus tanpa perlu melibatkan media….diamkan….jgn beri peluang agar isu ini dipanjangkan dan diambil kesempatan…pn serisuri mengkin dah tersilap…so kenapa pimpinan membesarkan isu ini…kalau didiamkan ianya lambatlaun akan turut tersenyap….msalahnya..pnserisuri adalah manusia biasa…bahkan pimpinan juga adalah manusia biasa….masing2 boleh melakukan kekhilafan…..cuma sewajarnya kekhilafan jgn diperpanjangkan…kerana bagi saya..teguran dari pimpinan yang tidak setuju dengan pendapat dan tindakan pn serisuri boleh terus diberitahu kepada beliau secara terus tanpa perlu perantara (media)..so kalau ini dilakukan secara dalaman…isu ini tidak akan berlarutan…dan kalau ditanya pun kita boleh jawab je no komen atau seumpama dgnnya….so…lama2 org bn pun akan feed-up dgn jawapan kita itu dan x berhasil memanipulasikan isu..

      maaflah abgjoe…saya sebnrnya juga x suka jika ada apa2 isu yang boleh menjatuhkan pas…saya juga merasa sedih dan begitu dukacita jika pas terancam dan diperkotakkatikkan..tapi kita perlu ingat…inilah ranjau dalam perjuangan….perjuangan kita ini tidak akan selalunya manis….jalannya juga tidak akan selalunya lurus…bahkan ianya penuh liku…onak dan duri…..
      walaupun kita tidak sendiri tidak menghadapinya sendiri tetapi pahit perjuangan itu kita turut sama merasainya…

      apapun….luruskanlah tindakan kita ini utk sama2 memeprtahankan jemaah kita..insyaAllah sama2 kita mendapat ganjaran dariNya…

      cuma saya agak kurang jelas dngan soalan abg joe..:”P/S lagi satu bintu ruysd tu macam puan sersuri la, ke suamianya..??”
      apa maksud abgjoe….?
      walauapapun maksudnya jawapan sya adalah ya saya sama dengan puan serisuri kerana saya adalah seorang wanita, isteri dan ibu….dan suami saya juga adalah seorang lelaki yang bekerja yang juga sangat sayangkan jemaah…itulah persamaan kami…

      Wallahu’alam…

    • saya terima perbincangan yang sihat.

  24. Ye la..saya pun rasa kita patut insaf dan sedar..terutamanya diri saya ni…

    Perasaan saya benar2 tersentuh dgn kenyataan yg diberi oleh bintu rusydi kali ni…

    di sini saya ingin mohom maaf kepada semua terutama puan serisuri yg memberi peluang utk saya melepaskan fikiran saya dan emosi saya..mmg bila saya renung balik saya mengaku saya agak melampau dlm membuat respon..maaf yer puan serisuri…saya mmg beremosi sblm ni.

    Tapi percaya lah saya sgt sayang TGNA .. sbb tu saya terpanggil utk menulis. Cuma mungkin penyampaian saya agak keterlaluan..maafkan saya. Bg saya jika kita kehilangan tok guru mungkin kita takkan jumpa lagi insan sepertinya di alam melayu, di kehidupan kita di dunia ni.

    saya rasa kita org islam lebih2 lagi berada dalam jemaah islam patut bermaafan2 sesama kita. Pejuang islam tidak hilang bisa dek kerna bermaafan2 sesama2 kita.

    insya allah tuhan akan tetap bersama jemaah islam..matlamat kita adalah sama utk menegak agama allah..

    saya percaya sgt yg arif fahmi dan keluarga semuanya adalah menjadi mangsa fitnah. Cuma yg saya tak mau ialah kita berpolemik di internet ni sehingga menguntungkan musuh tu je..prcayalah satu hari nnti kebenaran akan tertegak jua..fitnah dan kebatilan pasti tenggelam dimamah kebenaran. Cuma kita diminta bersabar dan sedia berkorban dalam menagani setiap fitnah secara berhikmah..

    sekali saya minta maaf kepada semua..lebih2 lagi kepada puan serisuri..saya tau keluarganya banyak berkorban utk parti sejak dr dulu lagi…kalaupun berlaku sedikit kesilapan, adalah tidak adil kita menafikan segala pengorbanan yg diberikan oleh setiap ahli keluarga TGNA sebelum ni..

    saya takkan ulas benda ni lagi ..saya lebih suka dgr apakah ulasan pimpinan kita..tentu mereka lebih bijak dan layak dlm membuat kesimpulan..

    Terima kasih sekali lagi kepada puan serisuri yg memberi ruang kpd saya di blognya..meskipun pandangan saya ni sgt mengguris perasaannya..Sabarlah Puan..Allah tetap bersama puan..Amin

    • saya cuba bersikap adil kepada semua luahan, kritikan, pujian, cuma pinta saya, penggunaan bahasa yang baik, dengan fakta-fakta yang tidak terfitnah, insyaAllah saya siarkan.

      Adanya saya di sini bukan sekadar mahu mempertahankan keluarga semata, telah berulangkali saya tegaskan, kerana cintakan perjuangan Pas lah saya memperkatakan sesuatu. Saya yakin bahawa, kebenaran akan terserlah jua, lambat cepat tentunya perancangan Allah yang terbaik.

      Jika anda semua terkena fitnah, apa sebenarnya yang akan anda buat? Jika fitnah itu kecil saja skopnya, boleh lah kita diamkan saja, namun jika fitnah itu mampu meragut maruah kita seantero alam, saya percaya anda juga akan berbuat sesuatu sekadar kudrat yang anda ada.

  25. alhamdulillah….
    itulah tujuan saya sebenarnya..saya mahu mengajak sahabat semua .melihat dan cuba memahami bukan secara sebelah mata dan bukan dari satu sudut pandangan sahaja….kerana sebagai insan yang tidak terlibat secara direct dengan maslah ini kita lebih dapat berfikir dengan wajar dan rasional…kita lebih dapat menimbangkan yang betul dan salah…kerana itulah pandangan kita amat diperlukan utk emembantu…bukan menggoyahkan lagi…
    justeru…marilah kita sama2 memberikan kekuatan, doa dan harapan kepada keluarga tgna dan para pimpinan untuk menghadapi kemelut ini…

    walaupun adakalanya tindakan dan fikiran kita adakalanya bercanggah tapi perjuangan kita adalah…satu jemaah dan satu niat utk menegakkan islam di bumi malaysia tercinta ini…ketepikanlah apa yg kurang kita senang itu dan berikan sokongan kerana cukuplah musuh mengambil peluang utk menyerang….
    semoga pengalaman ini sama2 menjadi iktibar buat kita bahawa menjadi pejuang kita tidak boleh sentiasa mengharapkan yang muluk2 dan indah2..kerana pejuang kebenaran akan sentiasa diperangi oleh kebatilan yang melata….

    juga ingatlah…janganlah mengharapkan kesempurnaan dikalangan pimpinan..kerana mereka juga boleh membuat silap dan khilaf..kerana mereka juga adalah manusia biasa yang tidak maksum dari dosa…hurmatilah mereka selagi mereka tidak melanggar syariat dan tegurlah mereka jika mereka tersasar dengan hikmah dan bijaksana….
    semoga islam akan menyinar di bumi tercinta ini…
    allahu akhbar!!

    • Pengalaman sebegini mampu mematangkan tindakan saya dalam meneruskan kefahaman dalam politik.

      Saya bukan hanya mengharapkan pujian semata apabila berblog, setiap kutukan saya baca dengan lapang hati, tetapi untuk siarkan komen-komen tersebut di sini ia bukan pendirian saya.

      Bagi saya menyiarkan komen yang berbentuk fakta yang terfitnah mampu menambahkan lagi fitnah yang mungkin tidak akan berakhir. Apabila saya menulis, bermakna saya tahu apa isunya. Saya tidak akan sesekali menulis isu yang saya tidak fahaminya dengan tepat.

      Jika ada teguran saya kepada pimpinan, apakah bermakna saya tidak suka kepada pimpinan tersebut? Bukan, kerana cintanya saya kepada perjuangan Pas inilah saya cuba membuat ‘ombak’ moga-moga yang terlalai itu mampu tersedar sebelum terpedaya dengan fitnah dunia.

  26. insyaAllah…moga niat kita direstui Allah..kerana hanya Allah yang tahu betapa kita menyayangi perjuangan ini….

  27. ya.!!..anak jati pekan…sedaerah ngan PM ‘tercinta’ (~_^)

  28. alhmdulillah…masih ingat rupanya pada diriku seorang sahabat yang serba kekurangan ini….jazakallah…boleh agaknya selepas ini kita berbicara di email yang dinyatakan…atau mungkin juga sudi mengunjungi laman saya…(^_^)

  29. Bagus lah macam tu….tak lari kemana senang saya sikit melihatnya. Ini baru lah penjernihan namanya.
    Kita jangan sesekali mengikut rentak musuh.
    Pertama:
    Kita lihat isu ini pada mulanya siapa yang warwarkanya?….tahu-tahu kita sudah tentu baca dalam paper atau khabar angin iaitu \…
    (a) Letak Jawatan.
    (b) Salah lantik(perlantikan) tiada siapa tegur
    (c) Mula lah musuh-musuh membuat andaian yang mengatakan “sudah tentu ada penyelewengan” senang cakap ‘ada masalah” lah tu.

    Memang sifat musuh ingin mengetahui sebab musababnya selagi mereka belum mengetahuinya.
    Sebab itulah pimpinan lebih awal lagi telah merancang agar suasana ini di selesaikan lebih awal sebelum pihak lain menjadikan sesuatu polimik isu yang boleh menggugat kelancaran kerajaan kelantan.

    Telah kita ketahui media masa sebelah mereka mesti menjadikan isu kemelut ini suatu isu yang boleh menggugat kerajaan yang ada ini, isunya kecilnya…
    isu “perlantikan” kah. Isu rasuah kah. Isu salah guna kuasa kah. Isu pertikaian pemimpin kah. Isu adik beradik kah. Semuanya ini jadi teka teki (aku sorang dan rakan-rakan je tahu)…yang lain tu TORAK je Pandai-Pandai. Kadang-kadang nak tergelak juga di buat nye.
    Tapi sekarang kita lihat rakan-rakan yang lain Membiarkan Kawan kita menjadi mangsa kritikan dari pengkritik yang kita tahu dari tulisannya. Yang nak membela oarang dalam pula tersalah mengecam orang luar…yang mengecam orang luar tersalah mengecam orang tepi. MAIN_MAIN AGAK-AGAK JE dia orang ni. Semua cerita tak betul. Yang pada mulanya tidak sepatutnya menjadi mangsa, telah menjadi mangsa kritikan yang AGAK-AGAK je tadi. Padahal tak betul.
    Tapi Aden tak mahu lah berterus terang sebab…Aden fikir ia ada hikmah disebaliknya….

  30. saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh ibn baittutah…
    sama2lah kita fikirkan…halusi dan teliti…
    kita merancang dan Allah juga merancang…dan perancangan Allah adalah yang sebaik2nya…

  31. Assalamualaikum..

    Minta laluan..Ringkas je, aku sebenarnya tak faham apa yang ingin dimaksudkan dengan tulisan ibn baittutah tu..dan apa plak yg dipersetujui oleh bintu rusyd tentang tulisannya itu?

    Semacam kaurang berdua ni seolah2 saling faham-memahami tentang satu benda yg tidak dinyatakan secara jelas..so apakah hubungan bintu ruysd dgn baituttah ni ek??? cam ada hubungan aura je mereka berdua ni..

    Tak kisah la apa hubungan kaurang, cuma aku nak cuba fahami apa point utama dan mesej yang ingin disampaikan baituttah dan apa yg dipersetujui oleh bintu ruysd tu..

    harap baittutah atau bintu rusyd beri penjelasan lanjut ..kalau boleh la, tak paksa pun…kalau kaurang ada masa la..kalau tak de masa, tak pe la..

    Tq atas kerjasama

  32. maaf…kolenel mat kurang faham rupanya….
    saya cuba jelaskan apa yang sya maksudkan saya setuju dengan penulisan ibn baittuttah adalah mengenai..

    . “Kita jangan sesekali mengikut rentak musuh.
    Pertama:
    Kita lihat isu ini pada mulanya siapa yang warwarkanya?….tahu-tahu kita sudah tentu baca dalam paper atau khabar angin iaitu \…
    (a) Letak Jawatan.
    (b) Salah lantik(perlantikan) tiada siapa tegur
    (c) Mula lah musuh-musuh membuat andaian yang mengatakan “sudah tentu ada penyelewengan” senang cakap ‘ada masalah” lah tu.

    (saya setuju dgn tulisan ibn baittuttah kerana inilah hasil laporan media berikutan kemelut yang melanda keluarga TGNA…)

    kerana betul kata ibn baittuttah bahawa :

    “Memang sifat musuh ingin mengetahui sebab musababnya selagi mereka belum mengetahuinya.
    Sebab itulah pimpinan lebih awal lagi telah merancang agar suasana ini di selesaikan lebih awal sebelum pihak lain menjadikan sesuatu polimik isu yang boleh menggugat kelancaran kerajaan kelantan.

    Telah kita ketahui media masa sebelah mereka mesti menjadikan isu kemelut ini suatu isu yang boleh menggugat kerajaan yang ada ini, i

    juga bersetuju bahawa:
    “Tapi sekarang kita lihat rakan-rakan yang lain Membiarkan Kawan kita menjadi mangsa kritikan dari pengkritik yang kita tahu dari tulisannya. Yang nak membela oarang dalam pula tersalah mengecam orang luar…yang mengecam orang luar tersalah mengecam orang tepi. MAIN_MAIN AGAK-AGAK JE dia orang ni. Semua cerita tak betul. Yang pada mulanya tidak sepatutnya menjadi mangsa, telah menjadi mangsa kritikan yang AGAK-AGAK je tadi. Padahal tak betul.
    Tapi Aden tak mahu lah berterus terang sebab…Aden fikir ia ada hikmah disebaliknya….”

    itu yang saya maksudkan saya setuju dengan penulisan ibn baittutah…

    memahami bukan semestinya mesti zahir di mata…tetapi melihat dengan hati dan akal berpandukan neraca agama…

    tiada hubungan aura @ mungkin hubungan aura fikrah sejamaah…bahkan antara kami tidak mengenali…mengenali hanya lewat penulisan ini…

    walau apapun saya amat bersyukur kerana kemelut ini makin terurai…sekarang kita nampak siapa sebenarnya yang ingin memporakperandakan kelantan…x lain x bukan media yang begitu pandai memanipulasi keadaan…

    wallahu ‘alam…

  33. Ibni-baittutah tak lah sampai kolenel…..

    Tapi TULIN BANG…..tak lah sampai BAIK PUNYE….belum tentu betul dan ORY.

    SYYOK NYEE RASA MAS…..

    MAS>>>Malaysian. Alive. Suputed.

    Sapa suruh hangpa merapu….hangpa tak tahu cerita wahai kolenel dan rakan-rakan. Aku bagi kias hangpa tak faham…aku bagi clue lagi tak faham…SO APA ISU YANG HANGPA DOK MARAH-MARAH KAT PUTERI AKU NO….
    Suruh depa letak jawatan cepat…ingat jawatan ceo tu jawatan pilihanraya ka?
    Kata super power rangers malaysia…await ada rasuah ka?.
    Kata tak telus…sampah dan macam-macam lagi…apa isu depa….
    bagi lah check oii…
    biaq aku check file ni kot sama cerita dan comment hang tu dalam file ni.
    Boleh aku cerita balik bagi sama.

  34. Baituttah marah aku..huhu..kan aku dah ckp td kalau kau tak de masa tak yah la nak jawab n layan permintaan aku

    aku tak de niat ape2..mmg aku teringin sgt nak faham apa maksud penulisan kau sebelum ni tu..tu je la

    tp aku suka bintu rusyd tu..kau layan aku ngan baik, walaupun aku ni jenis yg jahil n susah nak paham..camni lah pejuang Islam @ pendakwa..tq

  35. perjuangan islam adalah untuk memberi tahu kepada yang tidak tahu, memberi faham kepada yang x faham, memberi penjelasan kepada yang tidak jelas dan menjelaskan lagi apa yang telah jelas…

    sebagai perjuang islam kita tidak boleh mengeluh atau berputus asa dalam mengajak manusia sama2 berjuang di jalanNya….

  36. marah tak no…geram.
    dalam penulisan mana boleh marah…hanpa nampak tak..Await aku hangpa nak sayang…geli tengkok cek dengaq.
    Hangpa tanye…hangpa jawab..biasa ka menulis….await lagu tu…bumbang…bumbang…stick tulisan…..kata nak belajaq…boleh…ayam panggang soh cili siam mesti ada….kalau tak, jangan harap…..Hampeih no.
    Dulu cek….seriauu jugak…..upa-upanya….Baik Punyeee….

  37. Baituttah,

    Aku tak faham langsung apa yg kau tulis kali ni..langsung aku tak faham..kalau yg dulu, meskipun aku tak faham secara keseluruhannya tp aku ada gak faham sikit2..

    namun kali ni aku langsung tak faham.
    aku berharap sgt kalau puan bintu rusydi boleh terangkan kpd aku apa yg dimaksudkan oleh baituttah kali ni..huhu

    baituttah aku minta maaf la, aku ade gak kawan dari utara tp tak de la plak aku susah nak faham apa yg diarang cakap..t6p bahasa kau ni..hmm ntah la, may be aku yg bangang sbb tak faham bahasa penulisan kau ni..so maaf la..may be kau punya falsafah terlalu tinggi utk aku..

  38. maaflah…kali ini x mungkin utk saya brsetuju dgn apa yg dituliskan oleh ibn baittuttah krn saya vsendiri pun x dpt nak faham…

  39. Wahai kolenel mat.

    Itu pasal sesuatu perkara yang hendak kita ketahui mestilah melalui sumber-sumber yang di percayai. Janganlah kita mempercayai sesuatu perkara itu yang tidak di ketahui asal usul ketepatan intisarinya.
    Kenapa selama ini kita tak memahami Isu ke…macamana kita boleh comment?.
    Apa isu yang hangat sangat tu…sampai kita boleh comment?
    Isu apa pulak syoknya rasa mas kita comment..comment apa?.

    Kan si bintu-rsyd dah terangkan panjang lebar. tak faham lagi ke. Yang si mangkuk ayun tu dulu..sapa yang nama dia..pol..pol ke apa yang dok ada blog jugak. Sampai sekarang tak boleh cari aku…sapu bersih comment dia…tak jawab sampai sekarang pun. Dia kata aku nak sabotaj blog dia. lebih kurang jugak…tak faham tapi faham nak marah aku pulak…takde sebab tak faham nak marah. Kalau faham marah….itu aku tahu lah nak buat macamana dan tulis macamana.

    Takpa lah aku nak bagi hangpa sedikit renungan dan buat tatapan sahabat sekelian.

    Surah Al-Baqarah….ayat 41…Juz pertama.

    ” Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Qur’an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaknya kamu bertaqwa”.
    (41) menurut huraian Datuk Haji Muhammad Noor-penyemak Kitab Tafsir ini: Ayat ini menarik perhatian umum supaya:

    Pertama – meneguhkan i’tiqad bahawa segala kejadian buruk atau baik itu adalah dari Allah.

    Kedua – kejadian atau baik itu berlaku menurut sebagaimana yang ditentukan oleh peraturan undang-undang(Sunnatullah)yang azali.

    Ketiga – peraturan undang-undang Allah itu berlaku seluruhnya dengan izin Allah.
    * Ayat ini juga menjadi dalil yang menunjukkan bahawa tiap-tiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah Ta’ala, ada mempunyai kuasa tenaga yang menimbulkan kesan apabila diketahui rahsia-rahsia tenaga yang terdapat dalam sesuatu benda itu.

    Surah Al-Baqarah…ayat 42…Juz pertama.
    ” Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”.

    * Biasanya Sahabat-sahabat Nabi ketika berkata-kata dengan Rasulullah (s.a.w.), meraka menyebutkan perkataan “raa’ina” yang maksudnya meminta Baginda mengambil berat terhadap perkara yang mereka kemukakan. Orang-orang Yahudi juga yang datang berjumpa Baginda menggunakan perkataan itu dengan memutarkan bunyinya menurut bahasa Yahudi yang bermaksud mencaci Baginda. Itulah sebabnya Tuhan melarang orang-orang Islam menggunakan perkataan tersebut dan menyuruh mereka mengantikannya dengan perkataan “unzurna”, ya’ni “berilah perhatian kepada kami”.

    Hahh sekarang boleh faham tak?…insyakallah di harap boleh lah ye. Sama-sama kita doakan. KERTERVELPELLA boleh faham jugak ke. Boleh lah paste kan kat blog hang. Aku dok ada situ pun hang tak tahu no.
    Fikir-fikirkan…selamat beramaaaallll…..

  40. aha baituttah,

    Kali ni aku rasa boleh faham tulisan kau..aku rasa kau lagi baik jgn tulis ikut loghat utara..sbb susah nak faham la..kau tulis dlm bahasa cam kali ni kan bagus

    mm mungkin id aku ‘kolenel mat’ ni buat org marah n pandang serong kat aku. Aku saja je pakai id kolenel mat ni semata2 nak buat main2 ngan nama kolenel mat tu je lah..tp mungkin ramai yg tak suka ngan id ni hingga membuatkan soalan aku yg ikhlas sebelum ni pun dipandang serong..huhu

    aku sebenarnya suka layari blog ni sbb aku bukan saja leh bersosial n bergurau senda secara maya ngan anak tok guru, bintu rusyd, baituttah dll, aku juga dpt hayati isu@cerita m’kat dan semasa dari perspektif org Pas / Islam..tu je

    aku nak pikir nama baru lah utk ganti id kolenel mat ni hehe

    tq

  41. Oh Aloh…..Seadanya….
    sebenarnya saya ni pemalu juga..

    Dok le marah teman ooiiii….tiba-tiba pelik bebenar teman rasa apa ke heynyee….nama tu semua ok…..Ok aloh…..aku pulok jawab untuk AKAK….maaf ye.
    Kalau senang lawatlah laman saya ye…tapi kena cari lah sendiri kalau dah faham tulisannya.

  42. salam…
    terlebih dahulu jutaan terima kasih sri nilam ucapkan pd serisuri atas terbinanya blog ini. sememangnya kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari dugaan dan cabaran dunia yang senantiasa mengekori kita.

    insyaallah, dengan berkat dan izinNya sri nilam doakan agar serisuri sentiasa berada di pihak yg benar… amin..

  43. Assalamualaikum!

    Mungkin ini yg terakhir dari saya yg menggunakan id kolenel mat ni. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan utk ucapkan tahniah kepada serisuri dgn kewujudan blog yg semakin mendapat sambutan ini. So harap2 kita semua boleh membantu serisuri menjadikan blog ini berbeza dgn blog2 lain dr sudut kualiti dan keislamannya. Jadikanlah ia sbg contoh kpd blog2 lain iaitu sbg tmpt utk bersosial, berforum secara berilmiah dan berhikmah di alam maya ini

    Saya ingin benar berpesan kepada saya sendiri dan teman2 sekalian agar jgn la kita terlalu ghairah menulis atau berblog sehinggakan kita lalai atau tidak sedar apa yg kita tulis. Saya pesan begini kerana bg saya ada dua sbb utama:

    1. Blog ini dianggap istimewa kerana ianya kepunyaan serisuri yg sudah dikenali sbg anak TGNA, so kita takut nanti bukan je nama serisuri yg tercemar, bahkan TGNA dan parti juga akan tercemar disebabkan kerakusan kita yg syok menulis.

    2. Sepastinya blog ini akan sentiasa diobserve oleh musuh kita utk mencari kesalahan kita. Kdg2 kita tak berniat pun utk buat silap..bahkan kdg2 mmg tak silap pun tp musuh sentiasa mencari peluang utk memutarbelitkannya agar terjelma ruang fitnah yg boleh menguntungkan mereka.

    Kita jgn sesekali membelakangi para pemimpin kita..jgn juga kita mendahului pemimpin kita dlm mengupas sesuatu isu yg difikirkan sensitif utk politik parti kita. Sentiasalah kita menjaga adab berjemaah. Di samping al-Quran, Hadis, kisah perjuangan para sahabat serta umat yg terdahulu, pengalaman juga perlu menjadi ajaran dan neraca pertimbangan dalam bicara maya ini. Ingatlah kata-kata pujangga

    – Mata pena lebih tajam dr mata pedang
    – fitnah itu lebih dahsyat dr membunuh

    Sekian, terima kasih

    P/s: betul ke tu kata2 pujangga @ pepatah-petitih – aku sendiri tak sure..huhu. Aku tak pandai nak selit al-Quran atau Hadis, aku hanya pandai pepatah tu je lah..tp niat ku ikhlas..

    • Jangan terakhir kali menjenguk blog saya, bagi saya id itu cukup menarik, jika disarankan, saya menyukainya kerana ada sesuatu yang ‘istimewa’ disebaliknya.

      Saya juga memerlukan sokongan anda, bersama pengunjung-pengunjung yang lain untuk saya bertahan di sini. Segala perbincangan yang berlaku dalam blog ini saya ikutinya secara satu persatu. Tidak pernah miss satu perkataan pun. Ada ilmunya untuk saya disebalik setiap komen yang dihantar ke sini.

      Kerana itu saya cuba membuat tapisan sebaiknya keatas setiap komen, dengan harapan semoga tiada fitnah dan bahasa tercemar melanda blog ini. Hatta jika kutukan itu dituju kepada pengunjung di sini pun saya tidak akan paparkan. Bukan tujuan saya berblog untuk mencari musuh, tapi meraikan setiap pendapat itu mampu menjalinkan sebuah persaudaraan baru.

  44. Bagus sungguh sahabat ku ini…walau pun di alam maya tidak diketemukan, insyakallah yang baik pasti akan diperhitungkan di akhirat kelak sepertimana yang kita bincangkan selama ini.
    Yang penting kita sebenarnya berperanan dan berusaha bersama memberi pandangan. Tengok AKAK kita ni semakin lama semakin ada perubahan dari banyak segi tidak sebelumnya.(jangan marah AKAK).

    Wahai sahabat sekalian termasuk kolenel(sedih pulok aku nok bercakap ni macam kolenel mengajuk dan marahkan aku pulok sampai nok tukar nama dia) kita kena tengakkan hujjah kita mengatasi pihak lawan yang mana, dengan hujjah sahaja dapat kita patahkan matlamat dan usaha mereka ke arah kehancuran.

    Kita sebagai saudara sesama insan yang faham akan kehidupan dan cabaran sepatutnya saling membantu mengembling tenaga dan usaha ke arah kebaikan(kolenel aku tak tulis lagi word yang ko tak faham).
    (Tak jugak keluar-keluar air mataku ini)

    Ingatlah wahai sahabat sekalian…apa pun yang kita telah utarakan adalah untuk menjernihkan keadaan(seperti AKAK cakap)AKAK kita ingin mahukan sedikit simpati kita kepada nya, suami dan keluarga, yang mana mereka ibarat mendapat musibah yang amat berat sekali(Ujian-Nya).

    Isteri mana yang tak sayangkan suami dan keluarga(air mata dah nak keluarlah pulok..tapi belum lagi)….bila mana tanpa blog ni takan ada orang yang mahu ambil peduli akan keperitan yang mereka tanggung….sepertimana tiada siapa yang membela dari awal akan kesusahan ini…berat bahu memikul….berat mata memandang.(pasal tu lah aku singgah…aku tak boleh tengok saudara aku di anaya…air mata belum keluar lagi).
    Wahai sahabat-sahabat ku sekalian…tak kah kita lihat ada segelintir jemaah kita sendiri yang terang-terang menyerang melulu tanpa usul periksa kepada yang teranaya…akan isu dan kemelut ini. Takan lah Pemimpin agung kita seperti TGNA nak bela anaknya sendiri…apa kata orang(apa kata musuh).
    Cukup sudah dahulu keperitan yang mereka lalui sekeluarga(ada seperti kita alami?).
    Kita-kita ni lah sepatutnya terpanggil untuk membela mereka ini, kita kan dalam jemaah yang mana kita semua telah di latih untuk membela umat Islam tak kira apa bangsa dan fahaman sekali pun jikalau di timpa kesusahan.
    Waahai sahabat saya sewaktu dulu juga mengalami keadaan seperti ini…tapi kita ni siapa, tabahkan hati juga menghadapinya…KERANA APA?
    Ingat lah sumbangan dan tarbiah pimpinan dan guru-guru kita yang terdahulu baik yang hidup mahu pun yang telah pergi.(aku masih rindukan lagi kemanisan dia alam sahabat-shabat seperjuangan…apakan daya perjuangan belum selesai).

    *Mentaati rukunnya….Taaruf…Tafahum…Takaful
    Saya petik dari kata-kata ini dari salah seorang pemimpin yang kita dok bengkeng dia.(minta tisu…tapi belum meleleh air mata lagi).

    # TIDAK ada Islam melainkan jamaah, tanpa jamaah melainkan ketua, tanpa ketua melainkan ketaatan. Maka jamah dalah mekanisme yang penting untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Nabi Muhammad s.a.w. membentuk jamaah pada peringkat awal pembentukan negara Islam, yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tetapi mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menyebarkan Islam ke seluruh alam. Oleh itu kita yang bercita-cita hendak melanjutkan kerja-kerja Islam mestilah mempunyai matlamat yang sama.

    .(a) Al-Hujurat: ayat 49:10
    ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelagah)”.

    (b) Al-Saf: ayat 61:4
    ” Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang di jalannya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

    *ni kalau puok-puok WASABI atau WALAUMAKNO ni mesti marah kat aku…pandai-pandai tafsir. Aku rasa dia orang ni faham perut dia je.

    • Rupa-rupanya ibni-baittutah boleh menulis dengan bahasa yang agak bagus selepas kolenel mat ala-ala merajuk dibuatnya…

      Dalam mimik sedih saya boleh tersenyum dengan gelagat adik-adik saya di sini. Teruskan perbincangan yang sihat, saya juga mahukan ilmunya.

      Teruskan istiqamah dalam berjamaah untuk melahirkan jiwa-jiwa yang kental semangatnya menghadapi musuh.

  45. Terimakasih AKAK…..dah rasa macam pengang Award pulok…..”” LIHAT LAH DUNIAAA…waaa…wuaa…wuaaa”….
    tu tengah nangis t AKAK……..Isketamborikbapakcirir dan KicKtongpella mesti BENGANG PUNYEEE.

  46. Salam..
    Di sini sy ingin sampaikan bhw antara situasi yang berlaku di dlm PMBK dan melibatkan menantu TGNA dipengaruhi oleh seorang yang mengaku sedara TGNA. ‘Sedara’ ini sudah membina perniagaan di Kelantan dan pernah melibatkan projek kerjasama dengan PMBK tapi CEO PMBK tidak meneruskan kerjasama tersebut kerana rendahnya tahap profesionalisma sedara ini dan berlaku pertikaman lidah secara peribadi antara ‘sedara’ dengan CEO PMBK.
    Sejak daripada kes itu, ‘sedara’ ini telah mewujudkan ‘team’ untuk menjatuhkan CEO PMBK ini dengan musuh2 dalam PMBK dan persekitaran CEO PMBK. Krisis ini berlaku kerana terputusnya kerjasama antara syarikat ‘sedara’ dengan PMBK. Inilah sikap dan sifat manusia pada zaman sekarang. Kerana kedudukan, wang serta dendam, berlaku konspirasi dalaman dan melibatkan keseluruhan sehingga TGNA menjadi mangsa konspirasi ini.
    Kehidupan ‘sedara’ ini berpengaruh di kalangan wakil rakyat kerajaan kelantan dan ‘sedara’ ini boleh dikatakan sebagai “Talam Dua Muka”. ‘Sedara’ itu tidak kisah siapa yang memerintah kerajaan Kelantan, asalkan setiap projek yang dijalankan di Kelantan perlulah melalui syarikat ‘sedara’ tersebut. ‘Sedara’ itu boleh dikatakan pertalian rapat dengan keluarga TGNA tapi kerana dendam terhadap CEO PMBK, TGNA terkena tempiasnya.
    Banyak masalah yang berlaku dalam kerajaan Kelantan melibatkan ‘sedara’ ini. ‘Sedara’ inilah yang mewujudkan kelam-kabut dalam kerajaan Kelantan sehingga melibatkan TGNA.

    Terbuku dihati daripada :
    nur
    Bekas Pekerja Syarikat

    • saya terkilan orang sehebat ‘sedara’ ini memilih jalan singkat untuk membina kehidupan.

      • Saya berharap keluarga TGNA berhati-hati dengan orang sekeliling kerana kadang-kadang orang disekeliling ini tidak boleh dinilai dari bentuk rupa dan keperibadian luaran.Kebiasaan orang seperti ini mahu ambil kesempatan atas kedudukan TGNA sebagai pemimpin negeri.Harap maklum..

    • nur.
      jadi lah saksi di makhamah..
      anda bersubahat jika tak melaporkannya pada polis @ SPRM
      anda berdosa besar jika tahu tapi mendiamkannya.

      anda dianggap memfitnah jikalau tidak membuktikannya.

  47. Pemuda hina

    Betul komen tu…ni baru komen.

    Kalau benar katakan benar ye tak. Pasal tak benar lah tu yang masuk internet je. Saja nok rosak Hubungan Suami Isteri dan memporak perandakan Keharmonian Sains RumahTangga Orang.
    Tak kena CARA tu….kalau betul jalankan cara yang betul. Dulu habis satu persatu anok TGNA digunakan, disampahkan,terbulasikan kepada mereka, sehinggakan tiada siapa yang boelh bersuara di kalangan anakde TGNA. Macam-macam onar,tomahan dan Mehnah di canang oleh puok-puok ni yang bertopeng Tok Dalang segala tomahan. Akhirnya bila mintok di adili…gapo tak dok. Paling tidak Buak “CARA” hok yang mana boleh…jadi cara.
    Cuma kamu fikirkan dan lihat dari kisoh Nik Adli la sampai ni…lagu mano yang faktanya. Semua hanyalah rancangan yang boleh di katakan NOK HANCURKAN ISLAM DI BUMI CEK SITI WAN KEMBANG.

    Hok nok jatuhkan Islam……runtuhkan keluarganya dulu,pasal Islam bangkit dari dalam keluarga.

    Hok nok jatuhkan Islam…runtuhkan ekonominya dulu, pasal kalau ekonomi lemah jadi huru-hara…sumuo dok pikir piteh.

    Hok nok jatuhkan Islam…runtuhkan kerajaannya dulu, pasal kalau kerajaan Islam takdok, al wang ehsan bermaharajalela, pentadbiran tak dapat jalan dengan sempurna.

    Hok nok jatuh Islam…taruk kutu(fitnah&meknah)dekat pemimpin dio supaya orang tidak akan mempercayai dio dan pengawai-pegawai dio.

    * Itu pasal bagaimana mereka Hok Nok Jatuhkan Kerajaan Negeri Terengganu…mereka lemahkan perjalanan pentadbiran kerajaanya dengan menabur fitnah dan mencipta fitnah baru di dalam nya. Bagaimana TGAHA…telah mendapat Ujian ini. Dengan memporak perandakan fitnah terhadap keluarganya.

    * La ni Hok Nok runtuhkan kan itu Allah runtuhkan Perancangan Mereka Satu persatu…..Habis Wang yang di katakan Ehsan tetapi digunakan oleh Puok-puok itu ke dalam perutnya.

    * La ni Hok Nok runtuhkan Kerajaan Kelantan Ni boleh belajar dari kesilapan di Terengganu dan kemudian bawa balik di Kelantan(sebelah je) contohi lah hasil kerja tangan mereka yang halus untuk meruntuhkan Kerajaan PAS yang ada sekarang ini.

    * Kata sayang TGNA…..dulu Kata Sayang TGAHA…..tetapi apa?….mereka ini lah musuh-musuh di luar sana hendak main kan Islam ini secara halus untuk meruntuhkan nya.

    – rasa-rasa komen di boleh di anggap komen tak -?.

  48. salam… serisuri..
    semoga senantiasa di bwh lindungaNya…

    Sudah lama agaknya seriNilam tdk mengkhabarkan khabaran buat seriSuri disana.. Maklumlah tiba hari bekerja kepenatan aje dibuatnya..

    Sekarang waktu terluang diantara waktu menunggu diambil suami setelah habis waktu bekerja SeriNilam cuba utk mengintai blog seriSuri.. Alhamdullilah line connection broadband pun tiada masalah ptg ni… senang dan cepat capaiannya..

    seriSuri..
    utk pengetahuan SeriSuri15/4/2010 mendatang ni, seriNilam akan melahirkan bayi yg per-1.. takut..suka…gementar semuanya bermain di fikiran… Tp didoakan agar semuanya selamat…

    Mungkin serisuri sdh mempunyai pengalaman yg mendalam dalam mendidik anak-anak di dlm dunia moden seperti hari ini… apakah nasihat @ petua-petua yg dpt dikongsi bersama serinilam utk menjadikan diri ini ibu yg terbaik bg anak-anakku nnt..

    andai tdk keberatan kongsilah bersama…

    salam…

    • Wlam…

      Tq kerana sudi menjenguk blog saya.

      Saya mendoakan semoga saudari dan suami serta anakanda dalam kandungan baik-baik hendaknya.

      Saya bukanlah ibu yang serba serbi tahu, sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat semua di sini.

      Saya tiada nasihat mahupun petua, sekadar ingatan semoga kita tidak terlalu berlebihan keatas anak-anak. Samada anak itu sulong, tengah, bongsu, lelaki, perempuan, samakan saja cara didikan kepada mereka. Tiada yang akan mendapat lebih mahupun kurang.

      Untuk anak kecil seawal kelahiran hingga dua tahun, insyaAllah tiada masalah dalam membesarkannya. Selalu peluk cium agar mereka rasa selamat dan dilindungi, ucapkan kata-kata sayang, berkata-kata dengan lemah lembut kepadanya, ransang perkembangan minda mereka dengan makanan berkhasiat dan juga alat-alat permainan yang mengujakan mereka, insyaAllah anak-anak akan membesar dengan mindanya yang sihat.

      Minda yang cerdas mampu membuatkan anak-anak cergas dalam tumbesaran mereka.

      Doakan pada setiap waktu agar kita suami isteri mampu menjadi ibubapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak untuk memberi kesinambungan kepada generasi Islam yang cemerlang.

      InsyaAllah, saya doakan semoga anda dan baby selamat disaat kelahiran nanti.

      Jangan lupa khabarkan kepada saya juga…

  49. Assalamualaikum w.b.t,

    Ambo anok jati kelate, lo ni sdg dok ngaji diluar negara…ambo rasa panas sungguh denge serange tulise blog2 ke atas pentadbiran Tok Guru (contohnya: Kickdefella). Paling sedih, ramai doh cayo pasal Tok Guru dok amalkan kronisma, napotisma, rasuah, dok sibuk himpun pitih…mace-mace lagi.

    Ambo kalu bulih, minto sangat-sangat kalu Nik Amalina anok Tok Guru, tulung sapa masaloh ni ko Tok Guru..minto buat sesuatu utk balas serange fitnah ni. Rasonyo ni doh kiro jihad doh ni…walaupun tok tubik perang guno bedil. Bertahan dan membiarkan diri di musnohkan oleh pihok lawe rasonyo buke jale terbaik…malah kalu terus mace ni ambo tok yakin PAS buleh bertahan di Kelate.

    Ambo takut, pengikut2 kito terpedayo dgn serange musuh dan tertanyo-tanyo bakpo Tok Guru sekeluargo tok jawab atau balas balik serange musuh. BN kaloh dulu sbb teknologi siber ni, lo ni dia guno sungguh2 bendo ni nok jatuh PAS dan pakatan..Paling kurang, dlm blog Tok Guru dan anok2 dia, biar update sokmo, buat ruang khas jawab dan balas balik serangan musuh PAS mcm kickdefella tu..sbb bilo org baco blog, org baco dua2 belah pihak. Kalu so pihok senyap org kato gitu gini..org ingat dia mmg saloh.

    Rusing..Wassalam

  50. con pius..

    mu jangey takut…ambo doh klik mari balik. kalau mu nok tahu selamo niey pihak musuh marah kat ambo kerana…ambo ni selamba “hentam demo” tu. dulu ni macam tulah jugok sampai dema tu sukmo breakdown terus web dio pasal ambo and the geng komen dema tu. kito-kito semuo kena ngoyak kawe-kawe kena main peranan hok nok pertahankan Islam niey, web Islam,

    Orang juang Islam, Blog Islam dan kawe-kawe. Mu punyo keriertiviti dale penulisan tu penting, mace mano nok ngoyak, tangkis serangan fitnah dan menah yang mereka lemparkan.

    Selagi hayat di kandung badan…selagi kesalahan bukey nyata, selagi gitu-gitu, selagi kita berkawan…selagi itu lah kito-kito, kawe-kawe kena ngoyak kawe-kawe pertahankan antara satu sama lain.
    AMBO TAK KIRO LAH APO DEMO NOK KATA. PEDULI APO DEMO TAK TERIMAKASIH PUNG, PEDULI APO TOK DAPAT PITEH PUNG, PEDULI APO AMBO TAK DAPAT PANGKAT PUNG,PEDULI APO DEMO TAK SUKO PUNG…..AMBO IKHLAS KERANA ALLAH DAN RASUL…KERANA ISLAM DAN PERJUANGAN.

  51. SALAM Puan Nik.

    Pertama sekali yang ingin saya ucapkan, berbanyaklah bersabar sesungguhnya ‘Sabar itu sebahagian daripada Iman’. Kesabaran itulah yang menjadikan kita lebih kuat, gagah dan tabah dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

    Kedua, buat pertama kalinya saya rasa pada pagi ini untuk berceloteh setelah sekian lama ingin berbuat demikian. Ini setelah bermacam-macam cerita mengenai politik Negeri Kelantan diwar-warkan termasuklah cerita mengenai keluarga Puan Nik dan lain-lain samada ia benar ataupun tidak, hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahuinya. Dan Puan Nik tidak perlu pula merungkai satu-persatu mengenai perkara itu di sini. Allah sentiasa berada di pihak yang benar.

    Kedudukan Puan Nik sekarang sebagai seorang suri rumah sepenuh masa memang tidak boleh dipandang ringan kerana tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang ingin membesarkan anak-anak di rumah adalah lebih mencabar dan tiada kesudahannya. Bukan begitu? Saya sebagai seorang suami kepada seorang isteri dan ayah kepada 5 anak dapat merasa akan keperitan seorang isteri sepenuh masa menjaga anak-anak dan menguruskan segala macam kepayahan.

    Lebih-lebih lagi Puan Nik dan keluarga yang hidup memang berlatar-belakangkan isu-isu politik semasa. Well, saya memang kagum dengan pendirian yang tidak berbelah bahagi puan dengan pelbagai komitmen yang ada.

    Actually, kesempatan yang ada di sini, ingin juga ‘refresh’ kembali zaman-zaman pengajian dulu. Untuk pengetahuan Puan Nik, saya adalah senior Puan Nik 1 tahun di Kolej 5 dulu. Ketika itu, saya di tahun ke-2 UM dan aktif PALAPES. Dapat tahu daripada kawan-kawan senegeri(Kelantan) anak kepada MB further study di Fakulti Kejuruteraan daripada UTM Johor. Well, 😀 itu adalah kenangan saya.

    Berkisar kembali kepada senario politik di Kelantan, saya sering tertanya-tanya dalam diri, apakah benar cerita itu ..cerita ini memandangan apa sahaja cerita yang berligar-ligar di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya melalui akhbar atau apa sahaja, sentiasa sahaja nampak telah dimanipulasikan oleh banyak pihak! Walaupun di akhbar Harakah sekalipun,?? Memang saya dan keluarga merasakan TIDAK ADIL meletakkan kesalahan di satu pihak sedangkan di satu pihak yang lain tidak memberikan sebarang peluang untuk menjelaskan keadaan sebenarnya. Jadi bila ada orang dalam PAS sendiri yang bertanyakan ‘seorang anak ahli PAS telah mencampuri urusan dalaman pentadbiran Kerajaan Negeri’ saya rasa … itu tidak tepat!

    Akhir kata,

    Saya di sini ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Semoga beliau terus sihat untuk menguruskan pentadbiran beliau di negeri Kelantan yang saya cintai. Kepada Puan Nik, saya ucapkan berbanyak-banyaklah sabar dengan kerenah duniawi ini kerana perjalanan kita sebagai bekas mahasiswa/i tidak untuk setakat ini sahaja…tetapi pengorbanan dalam mendidik generasi seterusnya adalah jauh lebih memerlukan PENGORBANAN YANG LEBIH BESAR berbanding dengan lain-lain dugaan. Apapun berilah sepenuh komitmen kepada suami dan juga sokongan agar beliau lebih tabah dan berhemah dalam menghadapi perjuangan dan mehnah dunia ini. Sekian, sampaikan salam saya kepada suami.
    Wassalam.

    Petaling Jaya.

    • W’lam…

      Kerana masih ada sedikit iman yang mengajar nikmat bersabar, saya masih bertahan di sini.

      Nampaknya saya lebih senior dalam hidup berkeluarga dengan enam anak!
      Saya juga ada memori dengan PALAPES… 🙂

      1. Selalu pot pet pot pet dengan room mate bila dengar PALAPES nyanyi…dah lupa setiap hari apa…

      2. Saya ‘terkejang’ di dining kerana diusik mamat Palapes, apa la mamat tuh…tapi esoknya dia datang minta maaf dengan saya, malu sungguh dia bila dapat tahu siapa saya, rupanya budak klate jugak…alahai…

      Saya doakan semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati olehNya.

  52. Soalnya sekarang itu semua “PERANCANGAN PAS” apa kebenda orang dalam punye kerja. Telah di maklumkan umgogok pulak ambil kesempatan.
    Jadi Parti Pas ni lah yang membuat segalanya. Apa nak jawab kat mak bapak aku, kalau dia orang Pas, ada pulok orang cakap Itu Semua Perancangan Pas.
    Habis kita-kita ni yang umgogok naya kita kerana menyokong Pas ni ada tak cakap itu semua kerana perancangan Pas.
    Bila sebut Pas ialah….Parti Islam Semalaysia….bukan Parti Islam Sekampung Atau Parti Islam Sekeluarga…..

    Ada Maruah tak?…macamana ko nak jawab dan nak menjelaskan kepada pihak musuh seperti umgogok, “orang yang anda hormati memberi kenyataan macam tu.
    Dalam perjuangan berpolitik segala macam mana kita hadapi, kita tidak boleh memburukkan institusi sesebuah parti yang anda ceburi.
    Kita kena faham isu permasalahan teknikal. Isu permasalahan peribadi. Isu permasalahan pentadbiran. Isu permasalahan politik. Itu semua ada slot-slot tindakan tatatertipnya dan apa tindakan yang perlu kita hadapi. sebagai contoh 2 wakil Pas yang di kenakan tindakan.
    Kena tengok isu yang menyebabkan tindakan tersebut. Tapi kerana tindakan peribadi kah yang kita marahkan Parti Pas ni?.
    Umno kah kita yang kita marahkan parti Pas ni…mengatakan perancangan pas?.
    aku ni berlembut ada hadnya…jikalau kepentingan parti di sanggah….nanti silap-silap aku istihar perang..habis. Jadi balik trajedi 1993. Inagat tu trajedi 1993?…..
    TAK KIRO UMBO….

  53. Edr1

    Bagus tu…..tapi ada orang nak dengar nasihat.
    Itu belum saya kenalkan diri ini….tak sampai hati pulak?.

    Tapi sekarang ni rasa lain sikit……memang rasa tak sedap hati lah. Kalau ikutkan nak saya kenalkan diri ini, tapi takpe sabar je. yang penting kita nak cool lan temp supaya tak over head, itu mtlamat sebenar.

    • Assalamualaikum …. 😀

      Well, tidak mengapa. Saudara bolehlah emailkan sebarang persoalan/pertanyaan/permasalahan kepada saya di alamat b7007337@tm.net.my

      Saya bersedia berkongsi apa sahaja idea/cerita daripada saudara, malah boleh juga menerima sebarang nasihat samada membina ataupun sebaliknya. Saya positif! Sedikit sebanyak di UM banyak mengajar perkara-perkara yang tidak diduga…..seperti keadaan sekarang….. ?? 😀

      Wassalam.

  54. saya adalah seorang lelaki, yang menyintai seorang wanita cina Islam. semasa dalam alam percintaan dengannya, beliau banyak menceritakan layanan buruk orang Islam beragama Melayu (sengaja saya terbalikkan) terhadapnya. pernah dia diminta oleh seorang ustazah beragama melayu untuk balik ke agama asal (Tao) agar tidak mengganggu urusan orang Islam semasa beliau bertugas di teluk bakong 5 tahun dahulu. mengapa ini terjadi?saya cuba yakinkan beliau bukan semua individu begitu, namun begitu sukar saya mahu menembusi hatinya.

    • Saya bukanlah terbaik untuk memberi pandangan kepada permasalahan yang agak berat ini. Namun saya cuba sekadar membantu mengurangkan tekanan yang saudara hadapi. Hendaknya saudara memanjangkan lagi pengetahuan sewajarnya bersama ustaz-ustaz yang lebih ahli dalam bidang ini. InsyaAllah pencerahannya akan lebih jelas dan bersuluh.

      Saudara sebagai seorang lelaki seharusnya tegas dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan. Mencari calon isteri dari kalangan Mualaf tentunya memberi tanggungjawab berganda kepada bakal suami. Bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab seorang suami, namun lebih dari itu, sebagai pendakwah untuk berterusan membimbing isteri mencintai Islam.

      Istilah bercinta bagi pasangan yang belum berkahwin tiada dalam Islam. Hal yang demikian, ada baik kiranya saudara menukar ‘status’ percintaan tersebut kepada bersahabat – dengan maksud untuk memberi kesedaran yang lebih kepada sahabat itu memahami dan menilai Islam itu sebaiknya, tanpa ada prejudis, bukannya kerana apa yang diistilahkan sebagai ‘percintaan’.

      Jodoh itu di tangan tuhan. Usaha itu di tangan kita.

      Saya melihat kepada wanita berkenaan yang masih ada sangsinya kepada Islam, dan seolah dia sendiri masih kaku untuk mendalami Islam. Selagi dia belum ada keyakinan, maka bersahabatlah dengannya, bukannya bercinta.

      Andainya suatu masa nanti wanita itu dihidayahkan Allah untuk mencari suami, maka sampaikanlah hasrat saudara. Sekali lagi, bersahabatlah dengannya dengan memberi teladan Islam yang terbaik, bukannya beria-ia menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. InsyaAllah jodoh yang disediakan Allah itu adalah yang terbaik buat saudara.

      Wallahua’lam. Sekadar itu pandangan saya. Saya doakan semoga saudara dan wanita itu akan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah, kepada saya juga dan kepada semua. InsyaAllah…

  55. Salam untuk Amalina sekeluarga semogo dirahmati dan dilindungi Allah…insyaalah…jemputlah ke blog akak yang tak seberapa nak siap lagi nih…

  56. Nanti kalau dah siap panggil saya sekali.

  57. ai..ore xjemput offer diri plak.xmalu…

  58. salam…ukhwah,

    saya sering singgah sini membaca apa yg ditulis oleh Puan. Kali ini berkesempatan utk mencoretkan sepatah dua kata di sini..

    hanya satu saya yg saya mahu nyatakan, saya mendoakan dari jauh agar Allah SWT sentiasa memberi ketabahan, kesabaran, kerahmatan pada puan, suami serta ayahanda puan..

    amin…

  59. salam nik,
    lama tidak berjumpa…alhamdulillah sudah menjadi bonda kepada 6 org anak..akak doakan nik sentiasa berbahagia disamping orang-orang yang disayangi..

  60. w’lam akak…

    Tentunya dan lebih 10 tahun kita tak bersua muka kan…Sekarang anak berapa?
    Rindu rasanya nak jumpa kawan-kawan lama ni…

    • salam kembali nik,
      anak da 3 org da besar-besar, yang sulung da 11 tahun, no . 10 tahun dan yg ketiga da 6 tahun, next week akak balik umoh tok ketuo kat pasir mas…cik abe kito ore pasir mas..hehehehehe..

  61. salam.. Kesyukuran dipanjat segunung yang mungkin diatas kurniaan seorang cahayamata pada 29 March 2010.

    Masih ingatkah lg serisuri pdku???
    Ingatkah lg pesanan serisuri pdku agr khabarkan berita gembira ini seandainya baby yg kukandung tatkala itu dilahirkan???…

    babyku sihat… Namanya Ammar Hasif Bin Rusli. Skg genaplah 2 bulan usia putera sulongku ini. Makin hari makin iras muka ala papanye.. Utk pengetahuan serisuri diriku bersalin secara operation. Tetapi alhamdullilah kini semuanya selamat dan kembali pd sediakala.

    Kini aku telah mula bertugas dan puteraku ditempatkan di nursery. Mujurlah ia hanya 10 minit dr tempat kerjaku. Sempat jugalah aku jenguk2 time lunch…

    Serisuri…
    apa amalan-amalan yg dipraktikkan tatkala bayi berusia 2 bulan? andai xkeberatan kongsilah bersama ye..

    salam…

    • W’lam…
      Tahniah kerana sudah berjaya menjadi ibu, dan didoakan juga semoga berjayalah mendidik anak untuk menjadi seorang Muslim yang baik.
      Saya tumpang gembira kerana ada pembaca yang sudi berkongsi kehidupan dengan saya. Terima kasih!
      Alkesahnya, nama anakanda saudari lebih kurang sama dengan anakanda saya, Ammar Rauf, juga dilahirkan pada Mac. Kebetulan kan…
      Habis sudah berpantang, jangan lupa berpantang pula untuk menjarakkan kandungan seterusnya untuk ibu yang bersalin operation, sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memberi adik kepada si abang. Kesihatan kena jaga tau!

      Sedikit perkongsian; dalam tempoh ini jika berpeluang, jangan lupa untuk menyusu badan secara maksimum, sangat berbaloi untuk kesihatan ibu dan anak. Juga mampu merangsang deria penglihatan anak tersebut, pandang tepat ke matanya semasa menyusu, mudah-mudahan dengan pandangan redup seorang ibu akan mampu melahirkan anak yang mendengar kata, insyaAllah.

      Pada tahap ini, otak bayi berkembang dengan cepat. Ransangan kepada otak ini boleh membantu bayi memberi perhatian sewajarnya kepada persekitaran.

      Bayi juga harus dibiarkan melalui proses secara semulajadi, kebiasaannya usia dua hingga lima bulan, mereka telahpun boleh meniarap.

      Jangan lupa ransangkan bayi dengan konsep kasih sayang – melalui suara, nada, perkataan, dan cara memegang anak – peluk ciumlah bayi selalu supaya dia berasa selamat dan hangat dalam pelukan ibu bapa.

      Ok, saya berkongsi seadanya…saya juga senang untuk menerima perkongsian. Tq.

  62. salam…
    puan, saya ada maslah yg ingin dikongsikan bersama. harap puan dpt memberi sedikit penerangan atas kekusutan yg sy alami kini.

    Saya mempunyai mertua yg sudah uzur. Beliau berusia lingkungan 73tahun. Yang mengecewakan saya adalah beliau begitu memandang ringan tentang solat. Bila ditanya oleh anak2 kenapa tdk solat beliau kata xlarat. Tetapi yg herannya nafsu makan beliau kuat. Pagi2 lg sudah ingin mkn nasi. Tetapi bila time solat dia tidak solat. Termasuklah anak-anaknya juga tidak solat… Usia telah menjangkau 40an..

    puan tolonglah… tolong bagitahu sy apa kesannya pada sy yg tinggal sebumbung dgn mereka ini…

    menantu vs mertua

    • W’lam…
      Nampaknya kali ini cerita menantu vs mertua ya…
      mungkin saya bukan orangnya untuk memberi penerangan kerana langsung tidak pernah hidup sebumbung dengan mertua, tapi ada baiknya juga, boleh berkhidmat sebaiknya kepada ibubapa. Mertua mahupun ibubapa, tingkat penghormatan kepada mereka adalah sama sahaja.

      Dalam masalah berkaitan, sebagai anak menantu, sudah sempurnalah tanggungjawab anak menantu ini dalam menjaga dan menguruskan keperluan ibubapa secara sempurna, dan juga mengingatkan tentang solat itu. Selepas dinasihati seringkali untuk mengerjakan solat tetapi tidak diendahkan, maka ia akan berbalik kepada mertua itu sendiri. Terpulang kepadanya apa keputusan untuk dirinya sendiri, kerana dia sudah matang dan ‘akil baligh’ tentang dosa pahala, syurga neraka. Pentingnya kita cuba memberi kesedaran kepadanya secara berterusan.
      Cuba tunjukkan contoh yang baik kepadanya sepanjang masa. Mungkin boleh sesekali ambil peluang untuk mengerjakan solat di biliknya, untuk memberinya kesedaran secara halus. Teruskan berdoa pada setiap masa semoga terbukalah pintu hatinya untuk menunaikan solat walau bagaimana cara sekalipun.

      Bagi anak menantu, tiada dosa yang akan mereka tanggung kerana ibubapa tidak solat, mudahnya, kita tidak akan menanggung dosa orang lain. Wallahua’lam…

  63. Assalammualaikum…

    Semoga keluarga TGNA tabah menghadapi cabaran dari pihak yang suka menjatuhkan sesuatu pihak lain…

    • W’lam,

      Alhamdulillah, kami sekeluarga telah membesar dengan cabaran demi cabaran daripada pihak yang suka menjatuhkan perancangan yang baik, maka kami belajar untuk menjadi seorang yang tabah dan kalis dengan segala tohmahan.

      Ayahanda saya selalu berkata, berdoalah! Sebutkan nama orang-orang yang suka melakukan kesombongan itu, kelak nanti Allah akan membalasnya! InsyaAllah…

  64. sy amat bersetuju dgn demak..kita sbgai hamba ALLAH jgnlah taksub kpd parti atau ideologi mana2 gerakan yg kononnya mendakwa memperjuangkan ISLAM, ttp taksublah kita kpd hukum ALLAH krn satu saat nnt kita pati akan menghadapNYA..apa yg diwajibkn ke atas kita wajiblah kita laksanakn dn jauhilah sesuatu yg boleh mengundang kemurkaanNYA..

  65. asadullah&demak:
    Kenapa Kerajaan Barisan national dan Umno tidak taksub pada Hukum Allah???….adakah itu bukan kewajipan bagi semua pihak, khususnya Melayu yang beragama Islam?. Adakah hukum Allah itu hanya perlu diperjuangkan oleh orang yang cintakan Islam sahaja seperti mana Pas Perjuangkan?. Adakah ketasubpan itu hanya boleh jika tiada berparti??….

  66. salam..ingat lagi saya? sahabat lama ..

    • W’lam…

      Ingat lagi la Isyqi, nama sahabat yang paling panjang kot! 🙂
      Selalu dok lepak kat bilik Isyqi, layan lagu Saujana – Keluarga Bahagia, sambil dok tunggu q public phone nak call mak.
      Seronokkan masa tu…
      Anak dah berapa?

      • Sbnrnya dah lama tercari-cari nik na ni,tp dlm fb tak ada..rindu nak tgk rupa yang dah sekian lama x jumpa..apapun tahniah kerana mempunyai keluarga yang bahagia dengan suami dan anak-anak..saya baru 3 org na..kalu mari teganu singgah rumah di setiu je..harap dapat tgk juga na & family nanti..

  67. InsyaAllah.Allah S.W.T akan sentiasa membantu umatNya.Setiap perkara ada hikmah nya.

  68. Assalamualaikum & salam perkenalan,

    Saya seronok baca kisah puan dah jadi suri rumah sepenuh masa. Saya juga berharap dapat berbuat begitu, tapi keperluan hidup mendesak untuk bekerja. Kerana suami berniaga & pendapatan tidak tetap.

    Saya nak minta pendapat, kerana saya selalu berasa tertekan & bersalah kerana tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu & isteri dengan sempurna memandangkan terpaksa bekerja & jarak tempat kerja yang agak jauh.

    Saya mempunyai lima orang anak (3 lelaki & 2 perempuan), yg sulong 9 tahun & yg kecil 2 tahun. Pernah ada pembantu rumah & yang terakhir lari. Sejak tu tak ambil pembantu rumah lagi.

    Boleh bagi nasihat pada saya apa yang terbaik saya lakukan.

    TQ

    • W’lam,

      Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.

      InsyaAllah saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan didalam artikel yang cuba saya sediakan. Semoga yang baik dapat kita ambil pengajaran darinya.

      Tq.

  69. Saya seorang surirumah yang berkerjaya. Saya mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan berumur 14, 12, 9 dan 8 tahun. Saya sering menyuruh mereka belajar, solat, mengaji dan menasihati mereka. Tetapi mereka sangat degil dan tidak mahu mendengar kata. Setiap kali solat saya selalu mendoakan mereka supaya menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat. Bagaimana saya hendak menangani masalah ini, minta nasihat puan.

    Terima kasih.

  70. Takbir

Leave a reply to ustaz syed bakri - IPOH Cancel reply