• Kalendar Hijrah

  • Kalendar

    December 2009
    S M T W T F S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

Selamat Kembali…

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah, ibu mertua saya selamat kembali ke kampung halaman selepas mengerjakan ibadah Haji baru-baru ini. Saya yang sepatutnya merancang untuk menyambutnya di lapangan terbang terpaksa membatalkan niat, ada aral yang melintang. Tidak mengapalah, di rumah pun kami masih boleh berpelukan, mengucapkan selamat kembali, bertanya khabar, dan membuka cerita yang banyak itu.

 Sepatutnya saya bersama-sama mertua mengerjakan ibadah Haji pada tahun lalu. Tapi apakan daya, segalanya telah tersurat. Andainya kami dapat bersama, tentunya saya ada kenangan yang hebat untuk dikenang. Saya seorang menantu yang bertuah kerana memiliki seorang mertua yang sungguh baik budinya. Baiknya bukan sahaja kepada menantunya yang ini, tetapi kepada semua menantu-menantunya yang berjumlah sebelas orang itu.

Ibadah Haji ini bukan yang pertama kali buat mertua saya, juga kepada saya. Pertama kali bagi mertua saya adalah sebelum saya menjadi menantunya lagi, kepada saya pula adalah 15 tahun yang lalu. Namun siapapun tidak mampu menahan kerinduan untuk mengunjungi Baitullah jika diseru lagi. Kali ini hajat mertua saya kesampaian, dan saya pula adalah sebaliknya.

Ketidaksampaian saya dan suami ke sana pada waktu yang dijanjikan tidak diberitahu secara langsung kepada mertua saya, sementelah kami tidak mahu mengganggu konsentrasi ibadahnya. Ia disampaikan secara jelas kepada abang ipar saya yang bertanggungjawab menjaga kemaslahatan mertua saya di sana, dengan pesanan ‘pandai-pandailah menyusun ayat’ semoga tiada sebarang kedukaan melanda. Hati seorang ibu tersangatlah lembut. Sampaikanlah apa saja alasan yang munasabah asalkan dia tetap bersenang hati di sana. Saya sendiri tidak pernah menelefonnya selama mana dia berada di sana, takut tersasul bicara pula.

Besar harapan saya untuk mengerjakan ibadat Haji pada tahun lalu. Saya mahukan kefahaman yang berbeza dari sebelumnya. Namun tiada saya menduga pengakhiran episodnya begitu. Keputusan membatalkan pemergian ke Tanah Suci adalah secara tiba-tiba. Saya pasrah walau dalam keadaan terkilan.

Pengalaman

Saya menarik nafas dalam-dalam. Inilah politik, Sukar untuk kita maklumi setiap percaturannya. Ia suatu pelajaran politik yang hebat kepada saya. Jarang sekali manusia di luar sana beroleh pengalaman dan pengajaran langsung sebagaimana yang saya dapat dari sekeliling. Saya sentiasa membesar bersama pengalaman. Ia sukar diperoleh dari mana-mana guru sekalipun.

Pertama kali saya melihat Ka’abah diusia saya 17 tahun. Bertuahnya saya pada saat itu hanya saya yang tahu perasaannya. Anak saya yang sulong pernah bertanya kepada saya, apakah benar jika ada tahi lalat di kaki akan dimurahkan rezeki awal ke Tanah Suci? Saya tiada jawapan yang tepat, tetapi saya punya tahi lalat itu. Mungkin kerana tahi lalat di kaki juga membawa saya menjejak ke beberapa buah Negara lain. Negara Malaysia yang saya sayangi ini telah saya berpeluang untuk menjejaki 14 buah negerinya.

Saya pernah ke Turki, sebuah negara yang cantik, juga punya rakyat yang sedap mata memandang. Pernah juga ke Bangkok, kenangan menyusuri sungai di sana tidak pernah luput di ingatan, kerana bauan sungai itu yang boleh mencungapkan nafas saya. Kenangan di Syria, negaranya sedikit kotor, tetapi makanannya mampu menggamit saya ke sana lagi. Merayu kepada bonda agar diberi peluang untuk saya melihat kehebatan Piramid di Mesir, kerana tatkala itu bonda saya mahu ke tempat lain.Saya yang alah sejuk terasa membeku pada musim sejuk di Jordan, yang memungkinkan saya tidak mandi…

Trauma kecil di Bukit Tinggi, Padang, apabila bilik kami bergegar sewaktu kami enak diulik mimpi di malam hari, kata pemandu pelancong kami, ‘batuk-batuk kecil saja buk’. Berendam dalam kolam air panas di tepian gunung di Medan, dengan harapan semoga dapat mengembalikan kesegaran tubuh. Pernah ke Brunei usai penyatuan ikatan suci ini, entah apalah saya pada waktu itu yang merajuk kerana suami tidak membelikan saya sepasang kasut! Sedang memasang angan untuk menjejak kaki ke India, terasa mahu benar melihat universiti dimana ayahanda saya mendapat ilmunya yang banyak itu.  

Walaupun kembara itu memenatkan, namun ia memberi berjuta kegembiraan. Kekurangan saya, tidak tahu untuk berkongsi pengalaman indah itu bersama rakan-rakan di luar sana. Saya tidak tahu untuk merencanakannya dalam bentuk penulisan.

Bersyukur

Sudah tentu saya sentiasa memanjat kesyukuran diatas kurniaan yang hebat ini. Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai pengalaman sebegini. Namun betullah sebagaimana yang dikata, andai ada kemahuan di situ ada jalan. Kerana minat saya dalam aktiviti sebegini, tentunya saya memperuntukkan sedikit sumber kewangan saya untuk tabungan bagi merealisasikan mana-mana impian saya. Sejak dulu saya memulakan tabungan untuk minat yang ini. Ada musimnya saya sangat perlu berjimat-cermat walaupun ia sukar. Setiap bulan ada peratusannya yang saya sediakan untuk tabungan. Mungkin kawan-kawan terdekat saya tahu perihal minat saya yang ini.

Saya seronok melancong untuk melihat keindahan bumi ciptaan Ilahi. Lebih seronok kiranya saya berpergian tanpa ayahbonda kerana saya sedikit bebas dari protokol. Bukan tidak seronok bersama mereka, tapi kadang-kadang terasa juga mahukan cabaran kecil untuk menghiasi memori saya ini. Saya seronok kiranya dapat naik turun bas di negeri orang, berjalan-jalan mencari haluan sendiri, mencuba makanan di gerai-gerai di tepi jalan…seumpama itu sahaja. Boleh anda faham…? Tentunya ayahbonda saya tidak boleh berbuat demikian.

Namun sebenarnya saya banyak berpergian bersama ayahbonda, lebih-lebih lagi bersama bonda saya yang tercinta. Bonda juga senang apabila anak-anak boleh turut serta dalam perjalanannya. Saya fikir tentunya saya juga begitu dihari tua nanti, tentunya saya mahu anak-anak saya pula menemani saya ketika berpergian. Harap-harapnya sampailah saya kesaat itu…

Jika saya berpergian bersama ayahbonda perjalanannya agak mudah kerana menggunakan akses VIP. Layanannya baik-baik belaka. Perlu duduk saja di bilik khas, tiba masanya ada yang datang menjemput. Saya menumpang tuah mereka. Segalanya telah diaturkan dengan sempurna. Tidak perlu bergegas, hanya perlu menghormati masa. Saya tabik kepada ayahbonda saya yang cukup menghormati masa. Saya juga mahu jadi begitu.

Sebenarnya saya agak malu apabila dilayan berlebih-lebih. Namun saya sentiasa beringat bahawa layanan itu adalah untuk ayahbonda saya yang layak mendapat layanan sebegitu, bukannya kerana diri saya sendiri. InsyaAllah saya akan sentiasa tahu membawa diri. Harapnya bukan saya pula yang berlebih-lebih mahu menjadi VIP.  

Siapapun kita di dunia ini, adat menghormati itu adalah perkara yang terbaik dalam kehidupan. Berpegang pada pepatah, yang kecil disayangi, yang tua dihormati. InsyaAllah berbahagialah hidup kita semua. Tidak perlu untuk petah berbicara menunjuk budi, cukuplah sahaja dengan sebuah senyuman yang ikhlas lahir dari hati. Perjalanan hidup ini insyaAllah masih panjang, perbanyakkan kebaikan mudah-mudahan hidup kita semua akan dirahmati Allah.   

Apabila melancong, Alhamdulillah perut saya boleh menerima semua jenis makanan setempat. Kecuali di Turki, tentunya saya balik dengan kilo yang bertambah. Saya tidak cerewet dalam bab makan-makan. Saya seorang yang seronok mahu mencuba sesuatu yang baru, dalam apa jua perkara sekalipun. Paling saya kisah, pedas, saya tidak tahan dengannya.

Lebih seronok kiranya dalam perjalanan itu dapat saya temui pelajar-pelajar Malaysia di luar sana. Suka untuk saya berborak mesra dengan mereka. Biasanya saya dan rombongan akan pergi ke rumah penginapan mereka. Kami akan makan bersama dan bertanya khabar.

Ole-ole

Setiap Negara yang saya lawati akan saya beli ole-ole indah buat kenangan. Buat diri sendiri tentunya saya sukakan perhiasan rumah. Ada kesempatan yang saya gunakan di sana untuk ‘retail treatment’. Tersenyum dalam kepenatan kiranya ole-ole itu telah lama diimpikan. Peluang yang ada digunapakai sebaiknya. Andai pula ia barangan yang murah, tentunya saya tersenyum puas. Saya bukanlah kaki shopping, kalau pergi dengan satu bagasi, balik pun satu juga. Jika berjalan-jalan saya suka berlenggang. Jangan ada apa-apa di tangan saya, cukup sekadar satu beg di bahu.

Ahli rombongan yang lain mahu shopping sakan, silakan. Saya akan tumpang seronok. Mungkin saya pula yang beria-ia mahu melihat ole-ole yang dibeli mereka apabila balik ke hotel. Jelasnya, saya sebenarnya seorang yang tidak tahu untuk shopping, tapi jangan pula cuba memujuk saya, rambang mata saya nanti. Selain perhiasan rumah, saya juga sukakan pakaian, tentunya tudung sekali untuk disesuaikan. Paling saya sayang, sehelai kain jahitan manik dan labuci bercorak yang dibeli di Syria. Saya framekannya dan memotretkannya di ruang tamu perempuan rumah saya.

Dua helai linen bercorak bunga jahitan tangan yang saya miliki semasa mengerjakan ibadah Umrah juga merupakan kenangan indah bagi saya. Satu sudah saya potretkannya di dinding, satu lagi masih disimpan di dalam almari. Masih lagi terfikir-fikir dimana tempat yang sesuai baginya. Ada juga rakan yang bertandang ke rumah tertarik untuk membelinya, bila saya meletak harga, mereka menarik nafas! Sajalah tu…memang tak kasi orang beli pun…tengok saja!

Pulang

Anak-anak saya sudah terbiasa andai ditinggalkan. Samalah sebagaimana saya dahulu yang sering ditinggalkan ayahbonda kerana kesibukan mereka yang teramat. Ada baiknya juga dibesarkan begitu, lazimnya mereka akan cepat matang kerana perlu tahu untuk berdikari. Saya tidak pernah membawa anak-anak kala berpergian ke luar negara. Bagi saya mereka masih kecil untuk memahami setiap perkara yang berlaku. Tunggulah mereka besar dan matang, insyaAllah ada hasilnya dengan kewangan yang dilaburkan.

Kalaupun saya suka melancong, tidaklah saya boleh berlama-lama di sana. Ingatan saya akan menjengah ke kampung halaman. Jika lawatan ala kadar, empat malam pun sudah memadai bagi saya. Anak-anak juga sudah mula bertanya bila mahu balik. Biasanya saya belikan mereka pakaian. Mujurlah kerana mereka masih belum pandai untuk meminta yang bukan-bukan. Gembira saja mereka menerima apa saja yang dibelikan. Beli yang murah-murah saja, tak perlu membazir untuk membeli pakaian yang mahal kerana kanak-kanak cepat membesar.

Ingatan

Sebuah kembara pastinya akan memberi berjuta rasa kepada si pengembara. Memori itu pastinya terlalu banyak untuk dikenang, ada masam ada manisnya, tetapi biarlah setiap kenangan yang dicipta itu mampu untuk membuahkan hasil yang lebih baik dari sebelumnya.

Bersama rakan-rakan dalam senggang waktu perjalanan yang memakan hari tentunya akan menjadikan kita lebih saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Jadikanlah itu satu nikmat yang besar apabila kita sering bersama pada hari-hari tersebut. Tentu sekali ada kesenangan, kesusahan, dugaan, dan banyak lagi permainan emosi akan mencerminkan akhlak sebenar seseorang itu. Malah akhlak sendiripun akan teruji. Mungkin sebuah kembara itu menjadikan kita lebih menghargai nilai sebuah persaudaraan.

Setiap perjalanan itu ada kemanisannya. Mudah-mudahan panjang langkah kaki saya ini mampu mendekatkan diri saya kepada Maha Pencipta. Saya sentiasa bersemangat untuk mengenali destinasi-destinasi baru, insyaAllah ada rezekiNya buat saya.

Umar ra pernah menyatakan;

seseorang itu tidak boleh mendakwa dia mengenali hati budi seseorang yang lain sehinggalah mereka pernah bermusafir bersama atau bergaul mesra.

 12.46pm

p/s: selamat kembali juga kepada adinda saya…

67 Responses

  1. Salam berlapik Puan Amalina,

    Syukur ibu mentua selamat kembali dari tanah suci.Jadi usahlah terkilan pula ayahanda puan tak dapat pergi,mudah-mudahan tahun hadapan diizin Allah dapat pergi juga.

    Saya berminat melayari penulisan Amalina yang berani walaupun bergelar surirumah.Malah Amalina sentiasa jawap apa yang dikomen pro musuh atau kawan dengan hati yang terbuka.

    Nampaknya Amalina banyak berjalan luas pengalaman di negeri orang.Satu negeri yang Amalina selalu dengar tapi tidak mengujungi secara dekat..iaitu negeri UMNO.

    Apa salahnya mendekati dan becampur gaul dengan rakyatnya tambahan pula sesama kiblat dan tuhan yang sama.Apakah tidak terdetik jauh disudut hati Amalina untuk bercampur gaul dengan orang UMNO.Jangan kerana beberapa pemimpin buat hal semuanya turut terpalik.

    Sedangkan dalam PAS pun ada yang membawa lumpur.
    Maaf Amalina ana sekadar bertanya.

    Ada masa kalau sudi,tidak paksa kujungilah juga blog ana, sekiranya Amalina buat komen dalam blog ana,ana sangat hargai biarpun sedikit perbezaan fahaman.Islam tetap bersaudara.Janganlah kerana fahaman berbeza nak putuskan silaturahim.

    Semuga PAS UMNO dapat berkejasama untuk menyatukan umat Islam Melayu.Rumpun bangsa Amalina sendiri suatu hari nanti kalau umur panjang diizinkan Allah.

    Ana bukan nak menumbangkan PAS tapi menyatukan .Tapi sayangnya PAS sebaliknya.

    Maaf Amalina setiap orang mempunyai padangan masing-masing,sebagaimana Amalina selalu sebut diruangan komen sebelum ini.

    • Alhamdulillah saya telah berkesempatan berkunjung ke blog saudara. Saya tinggalkan sedikit ‘bekas’ di shoutbox…

      saya mahu saudara tahu, bahawa saya ini tidak pernah memilih kawan. kalau saudara berminat, ingin saya katakan bahawa pada tahun pertama TG dilantik menjadi MB Kelantan, betapa sukar saya untuk mendapatkan kawan di asrama. Semua orang menjauhkan diri daripada saya. kenapa? kerana pada waktu itu ramainya anak-anak orang umno di sana. Entah apa yang keluarga mereka sebarkan, saya tidak pernah ambil tahu.

      Tapi saya sentiasa menjadi diri saya yang sebenar. Sejak dulu hingga kini tiada yang pernah berubah. Tanyalah kepada kawan-kawan saya, jika tiada niat mereka untuk mengaibkan saya, insyaAllah ketika mana dan di mana pun saya, beginilah saya.

      Tq kerana sering memberi komen pada saya…

      • Salam Ukhuwah…

        Terima kasih sudi menjengok juga blog santai ana yang tak seberapa hebat sebagaimana blog Amalina.Walaupun meninggalkan jejak sepatah dua,tetap mengembirakan ana.Mungkin masa tak meinzinkan untuk Amalina komen lebih sikit di blog ana,maklumlah di blog Amalina pengujung bagitu ramai ,perlu dilayan kerana orang datang rumah kitakan,ana memahami.

        Oh,selama ini ana salah persepsi,ingat ke anak seorang MB PAS,tidak mahu berkawan dengan anak2 atau orang dari kelompok UMNO.Kalau bagitu baguslah silaturahim dapat dipanjangkan.Islam bersaudara.

        Betul kata orang tak kenal jangan terus buat tomahan bukan-bukan. Sekarang ana mula mengenali Amalina melalui penulisan yang mengambar empunya diri.

        Harap-harap Amalina dengan fikiran terbuka dapat mengeratkan jambatan silaturahim antara PAS dengan UMNO sebagai pembuka tirai baru ,demi agama,bangsa ,anak cucu kita.

        Perjuangan ayahanda Amalina untuk pembangunan umat Islam tetap ana hargai seiring dengan DS Najid untuk menguatkan lagi sinar Islam.

        “Kita kena ingat bumi mana tidak ditimpa hujan.Tiada laut yang tidak bergelora”.

  2. sebelum tiba ke destinasi, yakni alam akhirat, kita akan berkesempatan melawat alam barzah.

  3. untuk lebih tepat lagi, kata-kata sayyidina umar itu dipetik daripada kitab ihya ulumuddin. Yang beliau berkata jangan kamu kata seseorang itu baik selagi kamu belum berkesempatan bermusafir dengannya.

  4. salam amalina,

    mengapa komen saya tidak disiarkan?

    komen itu bukan buruk sangat pun.

    wassalam.

  5. Salam ukhuwah,

    saya akan tetap memberikan sokongan kpd Nik Amalina & Tok Guru Nik Aziz.

    semoga sentiasa bersabar menghadapi dugaan hidup.

    Lagipun tak salah rasanya jikalau seseorang wanita itu beremosi…bukankah itu fitrah.

    Hang Nadim

  6. kalaupun wanita itu sering dikaitkan dengan emosi, semasa menulis kita perlu rasional.

    seperti yang saya katakan, kalaupun saya menulis dalam keadaan rasional, diluar sana masih ramai yang beremosi.

  7. salam kekanda nik amalina,

    ini kunjungan pertama saya di sini semenjak lama mencari blog kakak ini.

    persembahannya tidak jauh lari daripada Tuan Guru, ada ruang berbicara yang sungguh berilmu.

    saya teramat meminati tulisan TGNA, tetapi beliau kurang menulis pada blognya.

    mungkin blog ‘serisuri’ ini pula akan menjadi Guru sepanjang penulisan saya selepas TGNA dan Annual Bakri.

    semoga dipermudahkan segala perjalanan menempuh KEHIDUPAN.

    MOHD AFIQ MOHD SALEH
    http://afiqsaleh.blogspot.com/

    • w’lam…
      saya ini masih kurang ilmunya, perlu diberi tunjuk ajar juga pada setiap masa.
      InsyaAllah kita bersama-sama berkongsi mana-mana ilmu yang baik, mudah-mudahan ada yang terbaik untuk kita bekalkan ke akhirat nanti.

  8. Tersebut sedemikian

    Anak saya yang sulong pernah bertanya kepada saya, apakah benar jika ada tahi lalat di kaki akan dimurahkan rezeki awal ke Tanah Suci? Saya tiada jawapan yang tepat, tetapi saya punya tahi lalat itu. Mungkin kerana tahi lalat di kaki juga membawa saya menjejak ke beberapa buah Negara lain.

    Maka dikatakan …

    Elakkan penyebaran fahaman tahyul dan khurafat yang mengarah kepada syirik

    Dalil Nya…

    SUB KATEGORI Khurafat/Tahyul
    Tarikh Hantar Soalan : 04/08/2008 01:36 PM

    Jawapan :

    Umat Islam diwajibkan beriman dengan qadha’ dan qadar Allah SWT. Segala apa yang berlaku samada perkara itu baik atau sebaliknya adalah ditentukan oleh Allah SWT.

    Begitu juga mengenai jodoh seseorang samada ia akan berkahwin seorang atau lebih.

    Tahi lalat yang ada pada tubuh badan seseorang tidak mempunyai kuasa bagi menentukan seseorang lelaki itu mempunyai 2 orang isteri atau lebih.

    Justeru itu kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan elakkan daripada mempercayai perkara-perkara khurafat kerana ia boleh membawa kepada syirik..

    Status:
    Selesai – Paparan Web.
    .
    Nombor Rujukan PANEL SJAI (ZAR) 060808

    Tarikh Selesai 06/08/2008 02:12 PM

    Nota:
    1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
    2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
    3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/3669f6e51f69b4c74825749b001ec30d?OpenDocument

  9. “Saya seorang yang seronok mahu mencuba sesuatu yang baru, dalam apa jua perkara sekalipun. ”

    Hmm, dalam apa jua perkara sekalipun? Bahaya generalisasi sebegini puan. Boleh bawa banyak maksud, baik dan tidak baik.

  10. Assalamualaikum..

    Tertarik dengan sikap cik Amalina… terasa saya ingin bersuara sedikit..

    daripada pembacaan saya di dalam ruangan komen.. saya rasa sedikit sebanyak dpt memahami sikap cik Amalina yang boleh dikatakan kurang adil dan bijak dalam ruangan ini..

    Ini kerana jika terdapat komen yang mempunyai unsur2 nasihat terhadap saudari, maka komen tersebut tidak akan disiarkan dan berkemungkinan juga komen ini tidak akan disiarkan..

    Saudari bercerita dan berjuang menuntut keadilan kerana Islam mementingkan keadilan, tetapi sikap tidak adil saudari dalam memilih komen2 tertentu merumuskan konsep keadilan yang diperjuangkan mencapai kemuncak kebuntuan terhadap diri saudari sendiri..

    Maka, muhasabah diri kita, semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bertakwa kerana orang yang bertakwa kepada Allah adalah orang yang adil terhadap org lain dan diri sendiri..

    Sekian .. Wallahualam

    • komen yang berunsur nasihat untuk diri saya sendiri insyaAllah saya baca dan mengambilnya untuk perhatian.
      saya bersetuju bahawa tidak semua komen boleh saya paparkan, sebelumnya, saya telah jelaskan komen yang bagaimana tidak saya paparkan. Sedikit tambahan lain;

      3. komen yang terlalu panjang
      4. komen yang terlalu banyak kiasan
      5. komen yang baik untuk menasihati, tetapi dicampur adukkan dengan fakta yang saya tahu benar ia tidak benar.

      InsyaAllah saya akan cuba lakukan terbaik. Saya cuba elakkan fakta-fakta yang nampak tersusun elok, tapi kebenarannya yang menyimpang.

  11. Assalamualaikum WBT,

    Saudari Amalina,

    Tahniah atas usaha anda untuk menterjemahkan pemikiran anda melalui medium blog ini. Teruskan menulis dan berkarya serta tetapkan niat baik anda itu. Sedikit komen saya adalah kalau boleh keluarkan “paparan salji” sebagai latarbelakang, kerana pada pandangan saya ia agak mengganggu konsentrasi pembacaan dan tidak menambahnilai blog anda. Secara peribadi saya berpandangan laman blog anda cukup dengan tarikannya yang tersendiri. Tahniah.

  12. salam sejahtera semoga perjuangan kita dirahmati dan di berkati ALLAH.

    tergeraknya sy utk komen diruangan kerana ungkapan ‘seseorang itu tidak boleh mendakwa dia mengenali hati budi seseorang yang lain sehinggalah mereka pernah bermusafir bersama atau bergaul mesra.’

    sy sering melihat a few times orang besar dlm pas bergaya dibangsar KL,….tengok gaya macam org UMNO aje, anyway rakyat boleh nilai mereka dah boleh buat kiraan pendapatan halal mereke dengan gaya dan perbelanjaan mereke……..manelaaaa dia orang dapat duit tu……hanya ALLAH yang Maha Mengetahui….

    anyway sy bangga dgn puan dan suami mengharungi dugaan hari ini dan kami rakyat yang tiada jawatan dgn pas dan diketepikan ini menyokong puan dan sy menyangi tok guru lg pun dari zaman budak2 dah dengar ajar ugama beliau………..ingatlah,…ALLAH amat menyangi hamba2 NYE.

    • Bukan maksud saya untuk menyentuh peribadi, tapi ingin saya katakan begini;

      Bergaya yang berlebihan itu saya sendiripun kurang bersetuju, namun saya mengambil pendekatan begini, adakalanya pimpinan ini datangnya daripada keluarga asal mereka yang berharta, mereka dididik sebegitu. Mereka membesar dalam kesenangan, bukan salah mereka untuk bergaya, tetapi itu resam mereka.

      Apa yang penting, kita jangan terikut-ikut kepada perkara yang kita sendiri tidak suka melihatnya. Jadi diri kita sendiri dan jaga keluarga kita seadanya. Bersederhana dalam semua perkara itu adalah terbaik.

      Saya juga tidak berjawatan dalam politik. Tanpa jawatan pun kita sentiasa berpeluang untuk menyebarkan sesuatu yang baik dalam masyarakat. InsyaAllah…

  13. sibuk memblog, nnt nasi kat dapur tu hangit kak, oooi..

  14. Dalam perjuangan ni yang penting keikhlasan dan kejujuran. Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang ke arah pencapaian matlamat.

  15. nasi dh masak ke, suami dan anak2 dh lapar…

  16. Negara Malaysia yang saya sayangi ini telah saya berpeluang untuk menjejaki 14 buah negerinya.

    Sedaknya demo. Sapa 14 butir negeri.

    ambo jugak takdak man0-mano. Takdok ko ore nak tajo?

    • Tak perlu ditaja, jika ada kemahuan insyaAllah ada jalannya.

      • kalu bo dok noreh kotobaru tak sapa doh
        Suruhlah ore politik tu (UMNO ko PAH ko). fikir pasal ore kapong..

    • awang..demo suruh abe demo jadi CEO. bkn setakat 14 negeri, nak gi Brazil hari-hari pun buleh.

      • abe ambo tadok ir. Bo pege pisa noreh taksoh arak jadi CEOla! buleh si.

  17. sakit mata la tgk salji2 ni.ganggu konsentrasi nak baca.

  18. Hai pak cu….bahasa menunjukkan bangsa…itu bukan kutuk pak cu….nak kena tengok maknanya. lain kali jangan main baca je. Kalau tak faham itu pasal lah kena tipu je dek keris tumpul macam ceketin tu. kalau dok baca je taknak komen pak cu…..elok jadi seperti rancangan dalam tv the…”ANIMAIL ohh ohh ANIMAIL”.ok tak lama lagi saya nak siapkan cerita kisah Pak Cu and Ceketin…banyak lagi tu…difikirkan dalam senarai. ok tak Pak Cu….Pak cu ke…ikan Pacu?……Ok saya bagi tajuk
    ” IKAN Pak Cu dengan MATAKAILnya…..(Pak Cu Mail”
    *ehhhh..aku lak jadi SURIRUMAH….

    Renung-renungkan…fikir-fikirkan selamat beramalllll….

  19. mengunjungi dan dpt mengerjakan ibadah haji/ menjadi tetamu Allah ini amat bergantung kpd usaha dan juga ‘jemputan’ daripd Allah taala.

    berapa byk yg ada harta yg byk, masa yg terluang dan kesihatan yang baik – tetapi masih tidak ‘dijemput’ oleh Allah taala menjadi tetamunya.

    ada yg dpt menjadi tetamunya berberp kali dan berulang2 kali, tetapi ada juga yg hanya sekali sehayat usianya.

    apa yg berlaku kpd TGNA dan keluarga sdri baru2 ini satu pengajaran bukan kpd anda sekeluarga semata2, tetapi satu peringatan kpd semua yg ingin mengambil pengajaran daripdnya. saya teringat kata2 sorg rakan yg baru pulang mengerjakan haji, katanya, dpt atau tidak mengerjakan ibdaha haji bukanlah bergantung pd brp byk wang/harta yg kita miliki, ataupun kesihatan kita yg baik, tetapi ia bergantung kpd ‘adakah kita ini dijemut’ oleh Allah taala.

    setiap amal itu ada asasnya.

  20. Salam, puan.. dalam apa jua tindakan yg dilakukan janganlah melepasi ‘border’ ataupun sempadan politik yang ditetapkan. Dalam politik walaupun sesuatu itu adalah benar, tidak semestinya org akan berpihak kepada kita. Saya akui usaha puan untuk membela suami dan juga ayah puan tetapi kita perlu ingat bahawa di dalam politik adalah persaingan.

  21. SAYA baru baca blogmu.
    Pada 4 Disember lALU Saya bercuti di kampung dan sempat melihat tunjuk perasaan menyokong tok guru. saya call rumahnya pada 5 disember lalu untuk sembang2 dan disiarkan dalam berita harian. malangnya bibik bilang tok guru di KL. Saya catat perkembangan politik kelantan dalam berita harian minggu lepas serta dalam blog saya iimlanadabi.blogspot.com. Saya simpulkan umno masih gagal saingi pas di kelantan.

    • Alhamdulillah, itu harapan besar saya.
      Mudah-mudahan Pas terus menguasai Kelantan untuk selama-lamanya…

      • InsyaAllah. selain doa, usaha adalah perlu. Pas akan terus memerintah Kelantan atas kehendak dan pilihan rakyatnya. oleh itu, menangi hati dan khidmati rakyat. jangan abaikan mereka. kekurangan mereka, kepayahan mereka perlu disantuni dan dibelai. selama ini merekalah yang banyak sokong dan bantu PAS dari segi keringat dan wang ringgit. Kelantan hak mereka. Hak rakyat. Bukan hak ahli2 politik yang mahukan kekayaan dan kemewahannya semata. Tidak mustahil amno boleh ambil alih pemerintahan jika PAS lalai dan terus-menerus membuat kesilapan yang tidak sepatutnya. Jangan diabaikan kesetiaan dan kepercayaan rakyat. dan perlu diingat PAS bukan milik para pemimpin tapi milik semua, termasuk yang bukan ahli. kenapa saya kata begitu? kerana yang memenangkan PAS baik di kelantan dan di negeri-negeri lain di negara bertuah ini bukan ahli PAS semata-mata. Ingat itu! mereka yang mencintai keadilan yang banyak mengundi PAS. jika semua ahli PAS mengundi pun belum tentu PAS akan menang, TERMASUKLAH di kelantan.
        USAHA, DOA dan TAWAKKAL! dan jangan riak dan lupa diri.

  22. Salam Nik,

    Saya tertarik dengan komen kat atas sekali yang orang pertama mengomen tu oleh “NURIMO”.
    dan juga jawapan oleh Nik.Penulisannya agat liberal .

    Kenapa tak dellete dia tu mungkin orang UMNO tu berdasarkan penulisan dalam blognya yang saya kujungi.Malah surat kontrovensi Nik pun ada dalam blog dia siap gambar lagi cangih dari blog Nik sendiri.

    Kenapa orang umno tulis tak dellete,orang pas sendiri dellete.Budak2 Husan tulis pun dellete,apakah Nik tahu beza.

    • InsyaAllah saya tahu membezakannya.

      Kalau ikut ayahanda saya, kalaulah seorang Umno itu darahnya pun biru, beliau tetap berkawan.

      Berkawan lain, berpolitik lain.

      • Nik ,pak cu dah pergi blog NURIMO tu,memang sah ada gambar Nik dan suami dalam tajuk SURAT PALING PORPULAR 2009,cuba Nik tengok lagi kalau tak caya gah.
        Tapi dia tak aibkan Nik,nampaknya cara dia nak depend Nik.

        Tak tahu agendanya apa.

        Blog pro Umgok tu,Nik sangguh masuk blog pro UMNO,apakah Nik sudah mula berubah.

        Sedangkan blog sesama Pas Nik banyak dellete.Apakah hati Nik mula berpaut pada UMNO.Jangan sampai menbelakang ayahanda Nik.Ingat Umno tu musuk tradisi.

  23. SALAM,

    saya amat kagum dgn penulisan puan krn amat kreatif dan tersusun indah dari sudut bahasanya,tak sangka anak TGNA amat kreatif sekali……

    • Sejak kecil saya berminat dengan penulisan.

      Tapi untuk mendapat yang lebih baik saya banyak membaca dan memerhati gaya penulisan yang baik dari blog-blog lain.

  24. Ini lah tak kena nya orang melayu islam kita ni, suruh delete selalu kalu orang UMNO yang tulis,bila kita nak maju kalau fikiran kita tak boleh jadi open minded wei.Apa kata kalau orang DAP,PKR ke yang tulis ,adakah tindakan serupa akan dilakukan.Biarlah puan nik yang tentukan arah blog nya sendiri.Jangan jadi katak bawah tempurung wei.

  25. Salam Nik,tadi telupa nak bagi salam,

    Nik gambar Nik tersenyum manis dalam blog ****Nurimo****.
    Blok tu pro umno,nanti gambar Nik dia jual beringat sikit.

    Saya tak suka Nik kawan dengan orang UMGOK.
    Apakah kerana tak suka ke seorang exco dah mula berbaik dengan orang pro umno.

  26. salam ukhuwah & salam perjuangan

    sy menyokong kenyataan kak amalina
    ttg sikap membisu exco dlm pertahan
    kerajaan klate serta tok guru…

    exco yg bw kickdefella ke klate pon senyap membatu
    terus mengaibkan kerajaan klate..

    betol kate kak amalina supaya exco tu
    letak jawatan…sokong 100%

    ape pon kak amalina teruskan menulis blog
    dgn hujah rasional…sy harap selepas ni
    kak amalina menulis selit2kan hujah dgn
    dalil al-quran & assunnah
    baru mantap….

    sy doakan kak amalina serta abg arif
    senantiasa diberi Hidayah Allah..amin

    dari : ex student MADA

    p/s: sy pernah diajak abg arif (suami kak amalina)
    pergi ketereh,pastu dia belanja sy mkn..harap 1 hari
    dpt bertemu dgn dia

  27. “SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT”

    “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. – Surah Al-Asr:1-3.

  28. BERUNTUNGNYA SAUDARI DAPAT BERJALAN-JALAN KE SELURUH PELOSOK NEGARA,BOLEH CUBA MCM-MCM MAKANAN..KITA BOLEH CERITAKAN PENGALAMAN KITA PADA ORG LAIN..BERUNTUNGNYA SAUDARI MENJADI ANAK MB..

    • Bukan kerana saya anak MB saya banyak berjalan.

      Sejak kecil ayahanda saya menggalakkan kami adik-beradik mencari peluang untuk panjangkan langkah ke mana-mana destinasi sekalipun. Dengan harapan supaya dapat kami melihat kebesaran Allah, menghargai setiap yang berlaku, memahami setiap perilaku, dan pelbagai pengajaran yang akan kami dapat.

      Untuk mencapai hasrat itu, kami berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.

  29. Saya berminat untuk bersembang dengan anda dan suami, Bercakap isu Kelantan dan masa depan secara santai tanpa emosi Pas atau Umno. Jika diizinkan Allah saya juga mahu jumpa Tok Guru dan menulis mengenainya secara adil di Berita Harian dan disiarkan juga di blog saya. Saya berasal dari Kelantan, penulis puisi dan sasterawan yang dilupakan oleh negerinya sendiri. Saya mencipta nama yang tak seberapa di Kuala Lumpur dan berharap suatu hari nanti menemui keluarga anda untuk tulisan dalam kolum saya di Berita Harian. Saya bukan orang politik dan tidak berniat menyelewengkan fakta politik

    • Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST adalah akhbar2 milikan Umno. Kebanyakan orang melayu bukan simpatisan Umno kalau baca apa2 berita dan artikel politik mengenai non-Umno issues dalam akbhar2 ini berperangsangka ia fitnah semata2. Ini persepsi mereka terhadap akbhar Umno dan orang yg bekerja/ bersassociate dgn Umno.

      Baik tulis mengenai TGNA dan publish dalam akbhar lain yg bukan milikan Umno. Jadi kalau baca perangsangka diatas tidak timbul.

      Sekadar memberi pandangan.

    • Saya alu-alukan…

  30. saya kalu bunyi je UMNO lebih baik kawan tulis dalam akbar pro DAP.

    Tu kat atas seorang lagi blog pro umgok……..NURIMO,Nik dok layan apa penulis tu,dellet lah,sedang orang pas sendiri nik dellete,apa alasannya dellete penulis puak sendiri.

    Jangan kera dihutan disusukan anak sendiri dilarikan orang.

  31. Salam… Allah benci pada orang yang suka berlebih lebihan…. Kuman seberang nampak…Gajah didepan mata tak nampak..

    Wallahualam

  32. salam..apakah objektif khusus puan sebenarnya?

    adakah agar suami tercinta terus menjadi CEO?

    • Untuk terakhir kali saya tegaskan;

      CEO hanya pangkat sahaja. Kami sekeluarga insyaAllah tidak akan kebulur jika suami saya tidak menjadi CEO sekalipun.

      Saya hanya mahukan kebenaran.

  33. Hai kenapa lah nak sibuk-sibuk tentang nak lepas jawatan tu. Kerja CEO (Clean Ecoshit Object) boleh lah letak jawatan terus. Ni hangpa dok sibuk suruh depa cabut terus, macam ada kesalahan besaq. Aku yang tahu ni pun tak dok seriau pun…await hang kalut.
    Kena lah selesaikan tugas-tugas berkaitan penyerahan.
    Jawatan dalam syarikat tak sama seperti mana 4 buah negeri yang Menteri besarnya cabut sebab kalah dalam pilihanraya. Tak payah pakai jabatan buruh tu, pasal tulah fail-fail pun hilang..
    Saya ni tak payah blog pun orang tak kenal, ada blog pun lagi orang tak kenal.
    Itu pasal tulis jangan sebarangan nak itu nak ini ikut sedap kita, tak kira lah orang umburungpunggok ke, ampeih ke….tu dalam fikiran kita mana peginya usrah dan tarbiah tadi, mana peginya agama, bangsa dan 1 Malaysianya.

  34. Pak cu mana….
    pak cu mana…

    cerita dia dah nak siap dah….hangpa sedap mulut cakap kat orang macam hampa tu perfect.
    aku kat sebelah depa pun hang tak kenal…cerita bukan main dok hak orang. Hang tahu cerita hang.

  35. Orang Kita…Perjuangan Kita.
    macam-macam adaaaa….

    Apa pun aku suka comment Hj Ghazali…..apa pun yang aku tak suka orang umno yang nak menyamar jadi orang Pas.

    Telah kita ketahui sejarah perjuangan bukan sahaja yang sekarang ini mahu pun yang terdahulu. Sebenarnya beza yang terdahulu dan sekarang ini sama sahaja, cuma wadah perjuangan sahaja yang berubah-ubah mengikut perkembangan dan setempat. Berbagai-bagi lah unsur-unsur yang melaluinya di dalam perjuangan ini. Tak kira lah yang baik atau yang buruknya, semua berperanan meningkatkan Syiar Islam untuk di nikmati bersama-sama. Pelbagai juga kerenah yang wujud dari segi Biokrasinya mahu pun individu, semua menjadi kenangan atau panduam pahit manis yang di lalui di dalam perjuangan menegakkan Islam. Di sini saya nak ceritakan sedikit untuk di fahami oleh mereka yang ingin memahami perjalanan perjuangan ini.

    PAS berjalan seperti biasa….sumbangan masyarakat di dalam nya berkembang bebas dan tersusun untuk menyusuri ombak besar yang memukul badai. Dan tidak di nafikan ada musuh dalaman dan luaran.

    Dahulu wujud segelintir individu yang boleh di gelar berfahaman dan panduan Al-Karam. Mereka ni sama-sama berjuang untuk memartabatkan Islam….TETAPI.?

    Al-KARAM…tersungkur di pintu syurga.
    * Ini lah pakcik poning ni…bilo pakcik ajak poiey berpolitik, dio orang ni banyak cerito nyo lai. Cubo ekau pikirlah, bilo den bagi baju dan topi ni hah…kiro nak buek kerja amal…apo dio orang kato kek pacik bonda-bonda tu kiro objek dunio lak….pakai seroban jo dongan jubah…tak mahu pakai topi kerja unit amal ni….ehh poning-poning.
    TETAPI..? Mereka ini lebih baik dari umno dan rakan-rakan…yang mana terus terang menolak Islam…sekurang-kurangnya mereka itu lebih banyak mengamalkan Sunnah Rasullulah s.a.w. darpada umno yang hanya pandai bercakap dan menganaya orang. Tersungkur di pintu syurga ada baiknya dari umno yang terpeleot di pintu jamban…sekurangnya mereka tersungkur, tapi alang-alang tersungkur..sondol terus masuk kek pintu tu.

    TABLIKEN…..mari berdakwah.
    Yang ni pun den poning….bilo nak buek usrah, buek ceramah, buek kerja amal…TETAPI?.Mereka ni pulak asyik kat masjid bagus tu tak salah yo. Kerja-kerja parti nak kena jalan, programe-programe mestilah di laksanakan. Bilo pakcik ajak diorang ni pulak banyak cerito dio….pergi umah-umah pulak dio bagi cadangan nak terangkan Pas ni….mahu nak kena perambat kat puak suk dan umno.TETAPI?..meraka ni lebih baik dari umno yang selalu menyekat program-program dakwah dan politik Islam. Sekurang-kurang nya mereka ada sifat berdakwah dan bersifat menyebarkan syiar Islam, dengan mengajak orang pergi ke masjid, mendekati Islam dan beramal cara Islam. Jangan kata mereka umno hampeih.

    WASABI……semua itu tak betul.

    Jangan kata pakcik…atok pun boleh cabut.TETAPI?.Bila ajak berpolitik apa kata mereka….semua tak betul…bila buat programe agama…semua tak betul….bila Islam kena hentam….semua tak betul…..bila dakwah…Harun Din pun dia hentam…dulu popular bila mana lawan dengan pakcik Astrohanghebat…top sekejab(aku ada kat sebelah masa tu)….lepas balik…..ayah pin pun…kalau boleh terbang kat atas langit, automatik ayah pin terbang?..TETAPI?.Mereka ni memang umno suka boleh digunakan untuk melawan ulamak pas….tetapi lebih baik dari umno…sekurangnya ia memberi penerangan terhadap cabang-cabang pendapat lain dalam Islam.. tak lah macam umno sampai la ni debat tinggal ribet.

    TETAPI….semua hendak Islam

    Tetapi apa pun semua nya pergi untuk Islam…bercakap untuk Islam…berdakwah masing-masing untuk Islam…sumbangan untuk Islam. Daripada umno dan rakan-rakan yang tahu untuk menghancurkan Islam demi kekuasaan politik mereka.

    wuallahuallam.

Leave a comment